saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 08/06/2010

Kamalanathan, Ho Leng angkat sumpah di Parlimen


P. Kamalanathan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, semalam.


KUALA LUMPUR 7 Jun - Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan dan Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng yang memenangi pilihan raya kecil baru-baru ini mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini.

Kedua-dua mereka yang memakai kot berwarna gelap mengangkat sumpah sebaik sahaja Dewan mula bersidang pada pukul 10 pagi.

Selepas majlis angkat sumpah itu, Pandikar Amin mengucapkan tahniah kepada kedua-duanya dan berharap mereka dapat berkhidmat dengan cemerlang.

"Saya juga berharap Yang Berhormat dapat memberikan sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan ini dan juga negara," katanya.

Pada pilihan raya kecil 25 April lalu, Kamalanathan dari Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Manakala, Ho Leng pula pula menang dengan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu, 16 Mei lalu.

Beliau memperoleh 18,845 undi berbanding calon BN, Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi, manakala calon Bebas, Narawi Haron, 232 undi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.