saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 09/06/2010

UiTM angkat legasi ulama Kelantan


MOHAMAD Fatmi Che Salleh (tengah) dan Dr. Hussin Mohamad Ab. Rahman (dua dari kiri) bersama ahli jemputan khas pada majlis perasmian Seminar Keintelektualan Islam Legasi Ulama Kelantan di Nusantara di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 8 Jun - Zaman kegemilangan Islam di nusantara tercapai sekitar abad ke-18 dan 19 ketika ramai cendekiawan Islam dan ulama dilahirkan bagi menyebarkan dakwah dan memimpin masyarakat.

Wujudnya banyak institusi Islam dengan pelbagai nama dan gelaran yang menjadi wadah bagi percambahan ilmu dan para pelapis melanjutkan tradisi itu.

Mereka telah memberi sumbangan besar bagi memastikan Islam terus berkembang dan Kelantan merupakan salah sebuah negeri cukup subur dengan aktiviti keagamaan yang melingkari kehidupan rakyatnya.

Di sinilah lahirnya ramai tokoh ulama yang disegani bukan sahaja di dalam negara tetapi di rantau ini dan semaraknya aktiviti keilmuan dicerminkan dengan gelaran Kelantan sebagai Serambi Mekah.

Di Kelantan, nama-nama seperti Mohd. Yusoff Ahmad (Tok Kenali), Mohd. Solahuddin Awang (Haji Ali Pulau Pisang) dan Abdullah Tahir Ahmad (Haji Abdullah Tahir Bunut Payong) pernah menjadi pemimpin masyarakat yang disegani.

Perjuangan tokoh-tokoh ini menjadi ikutan kepada masyarakat ketika itu, malangnya sumbangan mereka semakin dilupai oleh generasi kini dan semakin tidak dihargai malah wajah Serambi Mekah juga sudah jauh terhakis.

Sehubungan itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganjurkan Seminar Keintelektualan Islam menggunakan tema Legasi Ulama Kelantan Di Nusantara bagi membuka kembali lembaran sejarah perjuangan mereka.

Pengarah Universiti Teknologi Mara (UITM) Kelantan, Prof. Datuk Dr. Hussin Mohamad Ab. Rahman berkata, seminar ini bertujuan mengimbau kembali legasi yang ditinggalkan pemimpin-pemimpin ini untuk dinilai dan dipelajari generasi baru.

"Para ulama dan intelek Islam memainkan peranan penting dalam menyebarkan Islam di Nusantara sehingga percambahan begitu banyak institusi Islam.

"Dan di Kelantan sendiri begitu ramai tokoh ulama dilahirkan malah kesuburan aktiviti keilmuan menjadikan negeri ini digelar sebagai Serambi Mekah," katanya ketika berucap sempena perasmian seminar tersebut.

Beliau menyifatkan seminar ini amat penting sebagai lembaran baru dalam mengembalikan aktiviti pembudayaan ilmu bukan sahaja di kalangan warga universiti tetapi juga untuk pembangunan ummah.

''Ia menyediakan wadah perbincangan untuk mengimbas kembali ketokohan ulama Islam di Kelantan khususnya dan di nusantara amnya di samping mendokumentasikan sumbangan para ulama," ujarnya.

Seminar selama dua hari yang diadakan di Hotel Grand Riverview di sini itu dirasmikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh.

Seminar berkenaan disertai kira-kira 600 peserta daripada pelbagai bidang pekerjaan sehinggalah kepada pelajar dari sekolah pondok.

Pada hari pertama, seminar berkenaan dibahagikan kepada tiga ucap utama yang kebanyakannya menjurus kepada sejarah dan senario semasa dunia Islam sekarang.

Tokoh akademik Islam, Dr. Muhamad Uthman El-Muhammadi mengisi slot pertama dengan ceramah bertajuk Meneladani Sejarah Perjuangan Ulama Silam.

Slot kedua pula disampaikan oleh Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr. Mahood Zuhdi Majid yang bertajuk Peranan Ulama Kini Dalam Membentuk Masyarakat 'Khaira Ummah'.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kok Lanas, Datuk Mohd. Alwi Che Mat turut mengambil bahagian dalam slot ketiga ceramah bertajuk Peranan Ulama Dalam Mendokong Wawasan Negara.

Dr. Hussin ketika ditemui berkata, seminar tersebut hasil kerjasama antara Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan UiTM untuk membudayakan semula ilmu Islam di kalangan masyarakat.

"Seminar ini amatlah penting sebagai lembaran baru dalam mengembalikan aktiviti pembudayaan ilmu bukan sahaja di kalangan warga universiti tetapi untuk pembangunan ummah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.