saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 09/06/2010

Guna sepenuhnya perpustakaan PPR

TERLEBIH dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai dan ahli jawatankuasanya serta penduduk-penduduk PPR Kampung Limau, Lembah Pantai yang telah berjaya mengadakan sambutan ‘Juara Rakyat’ tempoh hari.

Saya sebagai penduduk di sini merasa bangga dengan sambutan yang diberi yang menggambarkan keharmonian dan kerjasama tanpa mengira kaum meraikan bersama sambutan ‘Juara Rakyat’ tersebut.

Saya juga amat terharu dan berterima kasih kepada Yayasan Pembangunan Buku Negara yang telah bermurah hati menyumbangkan buku bacaan berjumlah RM200,000 untuk kegunaan perpustakaan di kawasan PPR Bandaraya Kuala Lumpur yang mana penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai sempena program ‘Juara Rakyat’ tersebut.

Namun, apa yang saya kesali dan kecewa adalah keadaan perpustakaan yang dibuka di kawasan PPR. Penduduk tidak mengetahui fungsi sebenar dan ada juga yang tidak tahu kewujudan perpustakaan di kawasan PPR masing-masing.

Ini diakui sendiri oleh penduduk di beberapa PPR yang lain. Adalah sesuatu yang amat merugikan dan mengecewakan di mana kerajaan melaung-laungkan kepada rakyat supaya menjadi ‘masyarakat budaya membaca’ tetapi tempat yang sepatutnya sebagai gedung ilmu dan manfaat kepada semua golongan usia yang cintakan ilmu dan membaca tidak berfungsi seperti yang diharapkan.

Oleh yang demikian, saya merayu kepada menteri berkenaan dan pegawai-pegawai DBKL yang terlibat agar mengambil tindakan yang proaktif supaya perpustakaan di kawasan PPR dapat memberi khidmat yang diharapkan demi kesejahteraan penduduk dan memberi manfaat jangka panjang kepada semua lapisan masyarakat.

Di sini, saya mencadangkan agar pihak DBKL bekerjasama dengan penduduk agar melantik pelajar-pelajar dan penduduk-penduduk setempat untuk menjadi sukarelawan bagi menggerakkan perpustakaan tersebut. Ini juga dapat menyemarakkan penggunaan perpustakaan secara optimum dan menarik ramai kanak-kanak, pelajar-pelajar serta golongan dewasa untuk datang ke perpustakaan.

Saya juga cadangkan agar perpustakaan dapat mengadakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan buku seperti kuiz, peraduan membaca dan sebagainya untuk manfaat dan galakan kepada pengguna amnya.

Akhir sekali, harapan saya agar pihak-pihak yang terlibat dapat mempertimbangkan dan mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit bagi kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Penduduk PPR Lembah Pantai, Kuala Lumpur.">

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.