saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/06/2010

Pengiktirafan UTM sebagai universiti penyelidikan tepat pada masa

KUALA LUMPUR 10 Jun – Pengiktirafan kerajaan terhadap Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai universiti penyelidikan yang keempat di negara ini tepat pada masanya.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, pihak universiti bangga dengan kepercayaan dan pengiktirafan itu.

Menurutnya, ia adalah pencapaian terbaik atas usaha gigih UTM melakukan proses transformasi yang menyeluruh sejak dua tahun kebelakangan ini untuk menjadi sebuah universiti penyelidikan berteraskan inovasi.

“Pelan strategik yang dilaksanakan oleh universiti adalah seiring dengan aspirasi negara ke arah ekonomi berteraskan pengetahuan dan inovasi yang dipimpin berpaksikan kepada kreativiti dan pencapaian nilai tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan pengiktirafan UTM sebagai universiti penyelidikan keempat.

Zaini berkata, UTM meletakkan inovasi sebagai nilai teras dalam semua aktiviti termasuk pengajaran dan pembelajaran; penyelidikan dan pembangunan; penulisan dan penerbitan; pengurusan pentadbiran; pembangunan staf dan mahasiswa serta perundingan dan perkhidmatan profesional.

Malah, katanya, UTM merupakan penyumbang tertinggi mahasiswa pasca ijazah dalam bidang kejuruteraan dan teknologi yang merupakan salah satu komponen penting dalam memberikan sumbangan terhadap pembangunan ekonomi berteraskan inovasi.

Sebagai pemenang Anugerah Harta Intelek Negara sebanyak tiga kali, kata Zaini, pencapaian itu amat penting dalam mengharungi cabaran di persada dunia bagi melonjakkan universiti ke taraf dunia melalui inovasi dan penciptaan nilai tinggi.

“UTM telah menjalankan usaha pengkomersialan melalui penjenamaan dan pemasaran kepakaran, hasil penyelidikan dan perkhidmatan dengan penyusunan semula sayap perniagaan perniagaan UTM kepada UTM Holdings sejak 1 Jun lalu.

“Pusat Inovasi UTM juga telah ditubuhkan di kampus induk di Johor Bahru dan kampus antarabangsa di Kuala Lumpur serta UTM Innovative Centre for Aritechnology for Bioprocessing di Pagoh, Muar, Johor,” katanya.

Pada masa yang sama, kata Zaini, UTM akan terus melaksanakan program global outreach dan kerjasama strategik dengan universiti terkemuka dunia bagi meningkatkan imej dan reputasi di peringkat antarabangsa.

Selain itu, kata beliau, penstrukturan semula organisasi dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan menjadikan UTM lebih fokus dalam pencapaian budaya akademi yang dinamik dan penyuburan ekosistem intelektual.

Katanya, bagi merangsang budaya penyelidikan di UTM, sebanyak 11 kumpulan penyelidikan bersekutu diwujudkan dalam pelbagai bidang dalam usaha menggalakkan aktiviti penerbitan ilmiah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.