saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 12/06/2010

Istimewanya polis pelancong Melaka


KUMPULAN D21 membuat latihan bagi memastikan pergerakan setiap ahli adalah sama dan menghiburkan di Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 11 Jun – Melihat kepada bidang tugas anggota Unit Polis Pelancong, pasti ramai di kalangan kita yang beranggapan peranan pasukan keselamatan ini sekadar melayan dan memenuhi soal jawab daripada pelancong asing.

Namun, hakikatnya selain menjadi tempat rujukan pelancong bertanyakan lokasi menarik dilawati, pasukan ini sebenarnya memainkan peranan penting dalam mengurangkan kadar jenayah jalanan di pusat tumpuan ramai terutama di kawasan bandar.

Mengimbau sejarah penubuhan Unit Polis Pelancong ini, ia telah ditubuhkan sejak 1985 dan aktif sehingga ke hari ini.

Unit ini memainkan peranan menjaga keselamatan pelancong menerusi tugas rutin mereka seperti rondaan atau menyebarkan risalah-risalah mencegah jenayah.

Kebiasaannya mereka membantu pelancong yang menghadapi pelbagai masalah khususnya yang menjadi mangsa jenayah jalanan demi memastikan kawasan tumpuan pelancong berada dalam keadaan selamat.

Pada 2005, polis Melaka dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menubuhkan Unit Polis Pelancong Berkuda bertujuan mengawal keselamatan dan membantu pelancong yang melawat negeri ini.

Biarpun penubuhannya untuk menyebar maklumat dan menjaga keselamatan pelancong serta penduduk sekitar pusat tumpuan pelancong, satu kelainan telah ditonjolkan oleh Unit Polis pelancong Kontinjen Melaka.

Berbeza dengan Unit Polis Pelancong negeri-negeri lain, pasukan ini mencipta kelainan dengan menubuhkan pasukan yang dianggotai 11 wanita melakukan aktiviti senam cergas atau menari mengikut rentak lagu di tengah pusat bandar pada waktu tertentu.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai D21 ini telah ditubuhkan sejak 2008 dan diterajui oleh Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Kamal Pasha Jamal.

Sejak penubuhannya, kumpulan ini sentiasa mendapat perhatian setiap kali mengadakan persembahan khususnya di tempat tumpuan pelancong seperti di perkarangan Menara Taming Sari, Bangunan Merah Stadhyus dan Taman Rempah.

Apa yang lebih menarik, kumpulan D21 pernah dijemput membuat persembahan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dataran Merdeka tahun lalu.

Penghargaan yang diberikan ini digunakan sebaik mungkin oleh D21 bagi mengadakan persembahan senam cergas memakai pakaian seragam lengkap Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Kamal Pasha, kumpulan D21 ini merupakan idea bekas Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Mansor yang mahu melihat Unit Polis Pelancong membuat kelainan terutama dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.

Katanya, bagi tujuan itu, D21 akan dipanggil membuat persembahan khususnya pada program Hari Komuniti Polis bersama masyarakat pada setiap bulan bagi mengurangkan kadar jenayah selain mendekatkan masyarakat bersama polis.

‘‘Melalui aktiviti-aktiviti komuniti yang dijalankan bersama masyarakat, adalah lebih baik jika ia dilakukan dalam bentuk santai dan tidak terlalu formal.

‘‘Bukan sekadar untuk berhibur tetapi saya berpendapat melalui slot senam cergas yang dipersembahkan D21 dapat membantu jalinan hubungan antara polis dan masyarakat sekali gus menjadikan polis sebagai rakan bukannya musuh,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, penganjuran D21 membuat program senam cergas ini dianggap sebagai usaha ‘perang saraf’ oleh pihaknya dalam membaiki hubungan polis dengan masyarakat sekali gus melaksanakan kegiatan pencegahan jenayah

‘‘Kami yakin melalui hiburan dengan mempelawa masyarakat menari bersama anggota, orang ramai akan lebih selesa dan pada masa yang sama mampu membina keyakinan mereka terhadap tugas polis.

‘‘Usaha ini diharap mampu menjadikan bandar raya ini sebagai bandar bebas jenayah sekali gus negeri pelancongan yang selamat dikunjungi,” katanya.

Kamal Pasha berkata, selama tiga tahun ditubuhkan, senam cergas antara aktiviti komuniti polis yang mendapat sambutan masyarakat dan pelancong memandangkan ia tidak tertumpu pada satu jenis gerakan.

‘‘Pada mulanya, ramai yang menyangka D21 hanya mempamerkan tarian poco-poco tetapi kita tidak hanya tertumpu kepada tarian tersebut kerana kumpulan ini turut menggerakkan pelbagai jenis tarian.

‘‘Antaranya tarian antarabangsa, dangdut, agogo, twis dan joget lambak.

‘‘Masyarakat yang datang melihat senam cergas ini juga dilihat menari bersama-sama pasukan D21. Di sini kita melihat hubungan baik antara polis dan masyarakat terjalin,” kata Kamal Pasha.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.