"/> "/>
       

saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/06/2010

Meneguk romantis Lagenda Budak Setan

[email protected]">


Konflik cinta melankolik yang pasti meruntun jiwa.


SEHINGGA hari ini, kutipan tiket kasar filem Lagenda Budak Setan dianggarkan melebihi RM 3 juta sejak mula ditayangkan pada 3 Jun lalu. Perkiraan itu berdasarkan kepada penangan hebat filem yang diadaptasi dari novel remaja tahun 1985 yang mampu mendorong kira-kira 300,000 pengunjung ke pawagam.

Ia satu perkembangan memberangsangkan apabila penonton mula mengalihkan perhatian kepada filem yang menggunakan novel genre cinta. Sebelum ini banyak disogokkan dengan filem komedi cinta atau seram yang menggunakan pendekatan yang klise.

Filem Lagenda Budak Setan muncul ketika penonton mahu mengubah selera. Mahu melihat filem tempatan diadaptasi dari novel sama seperti yang dilakukan karyawan Hollywood sebelum ini.

Naskhah Haryy Porter, Alice in Wonderland dan Twilight yang berjaya pecah panggung seperti ini antara contoh filem yang berjaya menarik perhatian penonton. Pengalaman bersama watak-watak utama dalam novel tersebut memudahkan penonton memahami jalan cerita dan menimbulkan keseronokan sehingga ke hujung cerita.

Bercerita tentang keistimewaan filem arahan Sharad Sharan ini ialah kekemasan kerja-kerja teknikal termasuk audio sepanjang filem yang berdurasi kurang dua jam itu. Tiada kecacatan, tiada kesan khas keterlaluan dan dimantapkan dengan sinematografi yang menarik.

Sebenarnya, filem ini bukan buah tangan sepenuhnya milik anak Malaysia. Ia adalah gabungan kerjasama karya tempatan dengan tenaga mahir dari Indonesia dan kepakaran produksi dan teknikal dari India.

Cantuman tersebut membuahkan satu hasil yang indah. Menggunakan jalan cerita yang melankolik yang disulam dengan emosi tragis. Tanggung jawab itu dipikul oleh pakar sinematografi yang berpengalaman dari England, Mike Muschamps bersama tenaga teknikal yang dibarisi oleh anak muda tempatan telah menyuntik kelainan dalam Lagenda Budak Setan.

Menurut Sharad, dia menjadi seorang yang cerewet untuk hasil tangan yang keempat di Malaysia selepas Diva, Tipu Kanan Tipu Kiri dan Krazy, Crazy dan Krezy ditayangkan beberapa tahun lalu. Matlamatnya jelas, mahu yang terbaik dalam pemilihan pelakon, penggambaran dan produksi.

“Filem ini mempunyai lebih banyak elemen dramatik dan tinggi nilai romantis seperti Love Story yang popular di Barat satu ketika dahulu. Setiap babak ke babak,pasti emosi meningkatkan sehingga mampu menitiskan air mata. Filem ini juga bakal memberi dimensi baru dan nilai hiburan berbeza kepada penonton pada tahap kepuasan tertinggi,” kata Sharad.

Pengarah yang memulakan karier menerusi tele filem Astu untuk Kementerian Kebajikan Sosial Negara India pada tahun 1985 ini menggunakan format filem 35 mm sepenuhnya dan rakaman audio secara terus untuk mendapatkan bunyi yang lebih realistik untuk setiap babak filem.

Contohnya di padang ragut Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Nottingham Kampus Malaysia (UNMC) dan sekitar kawasan Langkawi, Kedah seperti Tanjung Rhu, Geo Park, Hutan Rimba Sungai Kilin, Gua Kelawar dan persekitaran pantai Chenang.

Penerima anugerah drama televisyen terbanyak di Indonesia menerusi Janjiku, Bidadari dan Istri Pilihan itu juga menyasarkan Lagenda Budak Setan mampu mengharumkan nama negara untuk dipertandingkan ke peringkat antarabangsa.

Dia meletakkan harapan itu selepas berpuas hati dengan segala kekuatan terutama mutu produksi filem, tenaga kerja teknikal termasuk audio mampu menghasilkan mutu pembikinan yang terbaik dalam filem yang memakan belanja RM1.6 juta itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.