saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/06/2010

Pas perlu ganti nama baru

KUALA LUMPUR 12 Jun – Pas harus menggugurkan perkataan Islam dari singkatan nama parti itu yang digunakan sejak penubuhannya berikutan keputusan membenarkan calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr. Zainal Kling berkata, keputusan itu berbeza dengan ideologinya yang mengutamakan prinsip Islam termasuk tidak melantik pemimpin dari kalangan bukan Islam.

“Tiada gunanya jika wakil mereka bukan Islam. Lebih baik bertukar kepada nama yang lebih nasional dan mudah diterima kaum lain,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan parti itu dalam Muktamar Tahunannya ke-56 di Kota Bharu semalam di mana calon bukan Islam akan dipilih dari ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang ditubuhkan parti itu kepada bukan Islam tetapi menyokongnya.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kebenaran itu diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas iaitu badan tertinggi dalam parti itu.

Malah, katanya, calon akan dikenakan syarat agar tidak melompat parti dan hanya dibenarkan bertanding di kawasan yang bukan bermajoriti Melayu.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, keputusan pasti disukai PKR dan DAP kerana menjadikan Pas lebih liberal berbanding sebelum ini. Ia selari dengan prinsip kedua-dua rakannya itu dalam pakatan pembangkang.

“Bagaimanapun, mungkin wujud kalangan penyokong setia parti yang tersentak dan akan memberontak agar keputusan ini dibatalkan,” jelas beliau.

Zainal tidak menolak keputusan itu merupakan perancangan jangka panjang Pas untuk menjadi sebuah parti yang nasional dan tidak terikat dengan pihak lain.

Penganalisis politik, Professor Datuk Dr. Nik Anuar Nik Mahmud berpendapat, keputusan itu pastinya sesuatu yang pahit hendak ditelan dan tidak dijangka oleh penyokong setia sejak sekian lama.

Menurutnya, pendekatan itu mungkin merupakan hasil perbincangan berpanjangan oleh pemimpinnya selepas pilihan raya umum lalu yang mencerminkan politik negara tidak lagi dibezakan dengan sesuatu kaum atau agama.

“Mereka menyaksikan bagaimana Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh P. Kamalanathan walaupun majoriti kawasan itu adalah Melayu,” katanya.

Kata beliau, dahulunya Pas merupakan pencabar utama kepada Barisan Nasional (BN) tetapi kini mereka sudah kehilangan taring khususnya selepas penyertaan mereka di dalam pakatan pembangkang.

“Pas merasakan mereka ketinggalan berbanding PKR dan DAP, maka keputusan ini diambil agar mereka kembali terserlah dan bersuara dalam arena politik Malaysia,’’ ujarnya.

Tambahnya, keputusan itu mungkin dipengaruhi dengan keterbukaan beberapa pemimpin Pas terutamanya golongan muda yang terdidik melalui konsep perpaduan sejak di bangku sekolah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.