saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 13/06/2010

Kementerian sasar turunkan kadar residivis - Hishammuddin

13/06/2010 2:59pm

ALOR SETAR 13 Jun — Kementerian Dalam Negeri akan memantapkan lagi inisiatif Keberkesanan Program Pemulihan Jabatan Penjara bagi memastikan jumlah banduan berulang kali masuk ke penjara dapat diturunkan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah banduan berulang kali masuk penjara kini pada tahap 16.8 peratus setahun daripada jumlah banduan di seluruh negara.

Beliau berkata, pada tahap 16.8 peratus jumlah residivis atau banduan yang berulang kali masuk ke penjara ketika ini, Jabatan Penjara telah mencapai sasaran dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu tidak melebihi 17 peratus daripada jumlah kemasukan banduan setahun.

"Kadar 16.8 peratus ini adalah baik. Bagaimanapun, faktor kesesakan, beban kewangan dan impak keselamatan, kadar ini wajar diturunkan lagi. Inilah yang ingin dicapai oleh Kementerian Dalam Negeri dalam beberapa tahun ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Penjara Pokok Sena dekat sini hari ini.

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mua”adzam Shah. Penjara yang boleh menempatkan 1,800 banduan lelaki dan 200 banduan wanita itu dibina pada 1 Ogos 1999 dan siap pada 30 Mei 2003 dengan kos hampir RM170 juta. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.