saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 14/06/2010

Mohamed Mustafa dilantik Naib Canselor UUM yang baru

14/06/2010 7:38pm

KUALA LUMPUR 14 Jun - Profesor Dr. Mohamed Mustafa Ishak dilantik sebagai Naib Canselor baru Universiti Utara Malaysia (UUM) menggantikan Tan Sri Dr. Nordin Kadri yang akan bersara setelah berkhidmat selama lima tahun.

Dr. Mohamed Mustafa, 50, telah berkhidmat dengan UUM selama 25 tahun, sebelum ini menjawat jawatan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Pelantikan beliau untuk tempoh tiga tahun mulai 16 Jun ini hingga 15 Jun 2013 diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Mohamed Mustafa berkelulusan Ph.D (Sosiologi Politik) dari University of Leeds dan MA (Politik) dari University of York, England.

Beliau merupakan staf akademik awal UUM yang memulakan kerjaya akademik dari peringkat bawah sebagai seorang tutor dan kemudiannya sebagai pensyarah sehinggalah dilantik sebagai profesor dalam bidang politik dan pengajian antarabangsa.

Beliau turut dikenali kerana sering menulis dan memberikan pelbagai komentar dan analisis politik nasional dan antarabangsa kerana kepakaran beliau sebagai seorang profesor dalam bidang sains politik dan hal ehwal antarabangsa.

Dr. Mohamed Mustafa turut memegang jawatan sebagai ketua kluster politik, keselamatan dan hal ehwal antarabangsa Majlis Profesor Negara di peringkat nasional dan Presiden Persatuan Pengajian Antarabangsa. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.