saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 14/06/2010

Transformasi Gunung Lang


Air terjun buatan setinggi 47 meter menjadi tarikan terbaru di Taman Rekreasi Gunung Lang.


IPOH 13 Jun – Sesiapa yang menjejakkan kaki ke Taman Rekreasi Gunung Lang di Jalan Kuala Kangsar dekat sini tentunya akan disambut desiran angin lembut dan kicauan burung.

Ditambah dengan keindahan tasik yang terhasil daripada aktiviti bijih timah secara semula jadi, mata pasti terpegun dengan panorama alam taman rekreasi ini.

Taman Rekreasi Gunung Lang yang dikelilingi bukit batu kapur dengan keluasan 28 hektar di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu juga menyambut pengunjung dengan pelbagai spesies ikan air tawar seperti kelah, lampam, kap dan tilapia.

Dengan hanya membayar RM3 untuk dewasa dan RM1 kanak-kanak, pengunjung akan dibawa melihat keindahan tasik dengan menaiki bot sebelum singgah di ‘pulau kecil’ dipenuhi pelbagai jenis bunga seperti heliconia (sepit udang) dan bougainvillea (bunga kertas).

Itulah gambaran Taman Rekreasi Gunung Lang iaitu antara lokasi utama pelancongan Perak.

Oleh kerana banyak keserian kemudahan dan tarikannya telah ditelan zaman, maka suatu transformasi sedang dan bakal dilakukan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, sejajar bagi memastikan perubahan itu dilaksanakan segera, seorang pegawai akan dipertanggungjawabkan untuk memantau keadaan taman rekreasi tersebut dan menghantar laporan kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk tindakan susulan.

Beliau berkata, usaha baik pulih akan dilakukan segera supaya destinasi pelancongan di Perak itu kembali seperti asal dan mempunyai tarikan terbaru.

“Memang saya tidak nafikan Taman Rekreasi Gunung Lang agak terbiar dan perlukan perubahan. Kini pun MBI telah melakukan beberapa transformasi bagi mengembalikan keyakinan pengunjung,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

Selaras dengan mengubah wajah taman rekreasi ini, Roshidi berkata, pihaknya telah membina air terjun buatan bersebelahan pintu masuk utama taman rekreasi tersebut untuk dijadikan tarikan terbaru pelancong.

Ujarnya, air terjun dengan ketinggian 47 meter itu akan dipasang setiap hari sehingga cuti sekolah berakhir 20 Jun ini.

Pengunjung boleh melihat keindahan air terjun yang dibina melalui bukit batu kapur itu bermula pada pukul 4 petang hingga 9 malam.

Menurut Roshidi, bagi menambah tarikan dan keunikan air terjun buatan tersebut, lampu-lampu khas dipasang pada waktu malam.

Jelasnya, jumlah pengunjung dijangka bertambah apabila air terjun buatan tersebut dibuka setiap hari kelak.

“Biasanya pada hari Ahad jumlah pengunjung taman rekreasi ini mencecah 1,000 orang.

“Saya yakin dengan adanya tarikan baru ini, jumlahnya akan meningkat bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan tetapi juga pelancong luar negara,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.