saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/06/2010

Jackie bangkit kerana dibuli


JACKIE Chan (kanan) dan Jaden Smith (tengah) bersama pelakon asal filem The Karate Kid, Ralph Macchio sewaktu tayangan perdana filem The Karate Kid di Los Angeles, Amerika Syarikat, awal minggu lalu.


PERJALANAN yang dilalui oleh seniman tersohor kelahiran Hong Kong ini bukanlah semudah yang disangka. Dia menapak dari bawah dan berusaha keras untuk menempatkan dirinya sehingga menjadi seorang bintang aksi yang cukup masyhur.

Rasanya, memang tiada siapa yang dapat merampas gelaran Raja Filem Aksi daripada Jackie Chan biarpun ramai pelakon muda bersilih ganti.

Untuk menjadi dan memiliki apa yang dikecapi oleh Jackie hari ini sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar di samping memiliki jati diri yang tebal.

Ini diakui sendiri oleh Jackie apabila mengimbas kembali pengalamannya sewaktu kecil ketika menuntut di Sekolah Opera Peking di bawah Akademi Drama China di Hong Kong.

Ketika mula-mula dihantar ke sekolah berkenaan oleh orang tuanya, Jackie merasakan dirinya seperti orang asing dan kehilangan arah.

Apatah lagi pada usianya yang ketika itu tujuh tahun, Jackie masih lagi mentah untuk mengenali erti kehidupan sebenar.

Dengan jujurnya juga, Jackie memberitahu dia sendiri yang mengasingkan diri daripada pelajar lain kerana tidak mampu untuk membawa dirinya di sekolah itu.

"Bayangkan, saya keseorangan di sana tanpa mengenali sesiapa pun. Malah, tiada siapa yang cuba untuk mendekati dan mengenali saya dengan lebih dekat.

"Mungkin anda tidak percaya. Tetapi dengan keadaan diri saya itu, saya sendiri merelakan diri saya menjadi mangsa buli kerana begitu takut dan tidak tahu bagaimana untuk mempertahankan diri.

"Sebagai seorang pelajar baru, saya tidak berani untuk menghampiri sesiapa walaupun guru saya sendiri.

"Lebih menyedihkan apabila tiba waktu makan, saya hanya mendapat sisa-sisa makanan seperti sos dan lemak sahaja," cerita Jackie mengimbau kenangan silam yang jarang sekali diceritakannya kepada umum.

Tidak lagi merelakan dirinya menjadi mangsa pelajar lain sesuka hati, Jackie bingkas bangkit dan membawa dirinya ke depan.

Kata Jackie, semuanya berubah apabila dia dengan beraninya mempertahankan seorang budak baru yang sering kali dibuli oleh pelajar di sekolah yang sama.

Bermula detik itu, Jackie sendiri tidak lagi menjadi mangsa buli dan bagi dirinya, semua itu telah merubah kehidupannya secara total.

"Dengan tindakan saya mempertahankan diri pelajar itu, saya mula belajar untuk membuat perkara yang sama kepada diri saya.

"Mungkin orang melihat kehidupan yang saya miliki hari ini semuanya indah dari segi luarannya tetapi hakikatnya, saya perlu meniti kehidupan yang panjang dan mencabar.

"Begitu juga dengan perjalanan karier seni saya yang meninggalkan kesan yang mendalampada diri saya sebelum saya menjadi ternama seperti mana yang anda lihat hari ini," jelasnya yang begitu mensyukuri nikmat yang dilimpahkan kepadanya selama ini.

Menyambung bicara, Jackie atau nama sebenarnya Chan Kong Sang memberitahu dahulu dia langsung tidak dipandang oleh sesiapa sewaktu mula-mula menceburkan diri dalam dunia perfileman.

Mana tidaknya, Jackie memulakan kariernya sebagai seorang pelakon lagak ngeri dalam pelbagai filem.

"Apalah yang ada kalau hanya sekadar menjadi pelakon lagak ngeri atau pelakon tambahan sahaja.

"Jangan mimpi untuk kita ditegur mahupun bergaul mesra dengan orang yang memiliki kuasa dan populariti ketika di set penggambaran.

"Mengapa? Mereka tidak akan menjadi baik dengan kita. Lebih menyedihkan, mereka langsung tidak menghormati serta memandang muka kita," kata Jackie menceritakan pengalaman silamnya.

Daripada situ, Jackie sedar betapa pentingnya untuk menjadi seorang yang merendah diri dan tekad untuk tidak memperlakukan perkara serupa kepada orang lain.

Pengalaman itu jugalah telah memotivasikan Jackie untuk berkerja keras bagi membuktikan dirinya dan juga kepada orang sekeliling untuk melakukan yang terbaik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.