saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 15/06/2010

Industri animasi jana RM1.1b


Muhyiddin Yassin melawat Fasiliti Penjanaan Imej Berkomputer Berteknologi Hijau MSC Malaysia MaC3 di Cyberjaya, semalam.


CYBERJAYA 14 Jun – Industri berkaitan animasi mampu mencapai perolehan sebanyak RM1.1 bilion, selain mencatat jumlah eksport RM660 juta menjelang tahun 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia boleh dicapai melalui penubuhan Pusat Animasi dan Kandungan Kreatif Malaysia (MaC3) yang akan memberikan impak besar kepada industri kreatif negara.

Dalam aspek ini, beliau menegaskan, pihak industri terbabit bagaimanapun tidak boleh mengambil sikap ambil mudah jika mahu mencapai sasaran tersebut.

”Sasaran tersebut begitu tinggi dan tahun 2012 tidaklah begitu jauh dari sekarang. Walaupun bukanlah satu perkara mudah untuk meramal trend pasaran animasi pada waktu sekarang tetapi saya percaya negara berada di landasan yang betul.

”Kita tidak boleh hanya mengambil sikap ambil mudah setiap masa untuk berupaya menjadi peneraju kepada industri kandungan kreatif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Fasiliti Penjanaan Imej Berkomputer Berteknologi Hijau MSC Malaysia MaC3 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof; Pengerusi Multimedia Development Corporation (MDeC), Tan Sri Abdul Halim Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Mohd. Badlisham Ghazali.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan geran Rangsangan Industri Bumiputera (BCi2) kepada 10 syarikat animasi tempatan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, melalui Penjanaan Imej Berkomputer MaC3 yang merupakan kluster komputer, ia mampu mengerakkan teknologi berkaitan di samping mengurangkan kos penjanaan dan penghasilan.

Dengan itu, kata beliau, para penggiat animasi boleh memberi fokus terbaik untuk membangunkan kandungan kreativiti daripada terperangkap dengan beban kewangan dan ruang teknikal yang sempit.

‘‘Kerajaan mengiktiraf potensi industri kreativiti berdasarkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. Kita juga mengenal pasti bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai salah satu daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi.

‘‘Melalui fokus terbaru ini yang memberi dana kepada MaC3, ia mampu menyediakan peluang kepada pencipta kreatif tempatan untuk mengkomersialkan produk mereka ke pasaran global,” katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.