saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 16/06/2010

RM150j pulih sungai di Batu Pahat


Abdul Ghani Othman mencurahkan cecair EM ke dalam Sungai Biuh Parit Raja, Batu Pahat, semalam.


BATU PAHAT 15 Jun - Sebanyak RM150 juta dibelanjakan untuk menambah baik mutu air sungai di daerah ini dalam tempoh empat tahun lalu bagi mengatasi masalah bekalan air akibat pencemaran.

Ia melibatkan kerja-kerja pemasangan paip sejauh 40 kilometer iaitu dari Empangan Bekok ke Sembrong untuk disalurkan terus ke dua loji di Parit Raja, Sri Gading dan Yong Peng dengan kaedah rawatan menggunakan teknologi mikro organisma berkesan (EM).

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, sebanyak 9,600 biji bola EM dan 13,600 liter cecair EM telah digunakan bagi merawat air di sungai-sungai di daerah itu dan hasilnya amat memberangsangkan.

Sungai-sungai di daerah ini mempunyai kandungan pH yang rendah iaitu pada tahap pH2, juga mempunyai kandungan aluminium, magnesium dan ammonia yang menjadikan air sungai ini tercemar dan tidak dapat disalurkan menyebabkan catuan air selama dua bulan terpaksa dilakukan baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, setelah rawatan EM dilakukan nyata ia dapat memulihkan keadaan air dan meningkatkan kadar pH daripada pH2 kepada pH4.4 manakala kandungan aluminium dapat dipulihkan sebanyak 50 peratus, magnesium 25 peratus dan ammonia 90 peratus.

''Keberkesanan penggunaan EM dapat dilihat dalam masa yang amat singkat iaitu dalam masa dua minggu penggunaannya secara intensif air sungai yang tercemar dapat dipulihkan dan boleh disalurkan kepada semua penduduk di daerah ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mencurahkan cecair dan bebola EM di Sungai Biuh Parit Raja dekat sini baru-baru ini.

Abdul Ghani yakin dalam waktu terdekat, kadar pH di sungai-sungai di daerah itu akan mencapai tahap normal iaitu pada pH5 hingga 6 dan seterusnya masalah bekalan air bersih kepada seluruh penduduk daerah itu akan berakhir.

Sebelum ini, katanya, walaupun air banyak tetapi ia tidak dapat disalurkan ke Empangan Bekok dan Sembrong kerana teruk tercemar menyebabkan catuan bekalan air terpaksa dilakukan selama dua bulan dan mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat.

Beliau turut menggesa Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH) dan Jabatan Kimia membuat ujian mutu air di daerah ini kerana bimbang berlakunya pencemaran setelah dipulihkan.

Beliau tidak menolak kemungkinan air sungai tercemar akibat penggunaan baja kimia di ladang kelapa sawit di samping pelbagai masalah lain seperti struktur tanah dan lain-lain.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz mendakwa, pencemaran juga berlaku akibat sisa bahan buangan kilang kerana daerah itu merupakan bandar industri dan mempunyai banyak kilang.

Beliau mendakwa, ada kilang yang membuang sisa buangan terus ke dalam parit yang akan mengalir terus ke sungai dan menyebabkan pencemaran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.