saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 16/06/2010

Laporan 'Ahad Berdarah' diterbitkan

LONDON 15 Jun - Britain hari ini buat pertama kali menerima laporan rasmi berhubung pembunuhan 13 orang pada hari yang diistilahkan sebagai Ahad Berdarah atau Bloody Sunday pada 1972 yang membentuk tiga dekad keganasan di Ireland Utara.

Insiden tersebut, di mana tentera British menembak ke arah sekumpulan penunjuk perasaan hak asasi di Londonderry, merupakan kejadian paling kontroversi dalam sejarah Ireland Utara, dan laporan hari ini mungkin mengembalikan luka lama di wilayah tersebut.

Lebih 3,500 orang terbunuh semasa era keganasan atau The Troubles, yang berakhir dengan perjanjian damai 1998, namun emosi masih tinggi di Ireland Utara antara penduduk beragama Katolik dengan Protestan.

Laporan inkuiri berkenaan, yang mengambil masa 12 tahun untuk dikumpulkan, menelan belanja lebih 190 juta pounds (RM910 juta), bertujuan mendapatkan gambaran sebenar terhadap apa yang berlaku pada 30 Januari 1972.

Waris-waris keluarga mangsa berharap tiada siapa di kalangan mereka yang terbunuh atau tercedera semasa kejadian itu, adalah pengganas dan pengebom sebagaimana yang dirumuskan oleh siasatan 1972 yang ditolak sebagai dakwaan cuci tangan di pihak kerajaan Britain.

Mickey McKinney, yang mana adiknya Willie berusia 27 tahun mati ditembak pada hari tersebut berkata, pihak berkuasa di London hendaklah dipertanggungjawabkan.

''Kami mahukan kebenaran, perisytiharan mangsa tidak bersalah dan cadangan supaya mereka yang bertanggungjawab didakwa di mahkamah,'' katanya.

Timbalan Menteri Pertama Ireland Utara, Martin McGuinness, yang merupakan timbalan ketua kumpulan militan Katolik, Tentera Republikan Irish (IRA) di Londonderry ketika itu, yakin laporan tersebut tidak akan membawa kepada perpecahan baru.

''Harapan saya ialah supaya ia adalah pendedahan jelas mengenai tindakan kejam yang dilakukan oleh kerajaan British dan pasukan bersenjata British pada hari tersebut, katanya yang mewakili parti Sinn Fein kepada AFP.

''Dan juga ia memenuhi kehendak untuk memastikan kita tidak akan sama sekali menyaksikannya sekali lagi, dalam mana-mana masyarakat, tindakan keganasan seumpamanya,'' kata beliau.

Inkuiri itu yang diketuai oleh hakim kanan, Mark Saville dibentuk oleh bekas perdana menteri ony Blair pada 1998 ketika proses perdamaian di Ireland Utara sedang pesat diusahakan.

Jawatankuasa inkuiri mendengar keterangan daripada lebih 900 saksi dan kenyataan bertulis dari 2,500 orang. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.