saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 16/06/2010

Pakar ekonomi gesa Sime Darby kaji semula kelebihan perladangan

KUALA LUMPUR 15 Jun – Sime Darby Bhd., harus melihat semula kelebihan perbandingannya dalam sektor perladangan untuk meletakkan semula syarikat itu pada kedudukan yang betul, kata pakar ekonomi, Datuk Dr. Zainal Aznam.

Zainal, anggota Majlis Tindakan Ekonomi Nasional berkata, dalam konteks Model Ekonomi Baru (MEB), syarikat berkaitan kerajaan, seperti Sime Darby, harus menilai semula objektif mereka.

“Memandangkan persekitaran luar yang berubah-ubah dan MEB, Sime Darby perlu melihat semula pendekatannya ke arah pelaburan luar negara serta domestik, katanya selepas taklimat media mengenai forum Dawn of the New Decades: Alternative Investments in Asia.

Forum tersebut yang akan diadakan pada 27 hingga 28 September 2010 dianjurkan oleh International Herald Tribune dan The London Speaker Bureau.

Bahagian tenaga dan utiliti Sime Darby mencatatkan kerugian operasi sebanyak RM110 juta dalam setengah tahun pertama yang berakhir pada 31 Disember 2009, berbanding keuntungan RM56.3 juta pada tempoh yang sama 2008.

Semalam, Sime Darby melantik Datuk Mohd. Bakke Salleh sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan yang baharu.

Mohd. Bakke yang merupakan CEO Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd., dipilih berdasarkan kepakaran dan pengalaman beliau dan rekod cemerlangnya dalam menguruskan perbadanan besar.

Pasaran melihat berita pelantikan Mohd. Bakke itu sebagai suatu yang positif.

Bagaimanapun, ia mengambil pendekatan tunggu dan lihat sekiranya Mohd. Bakke mampu membawa semula kumpulan itu ke zaman kegemilangannya.

Mengulas mengenai perubahan yang perlu diambil oleh Mohd. Bakke, Zainal berkata, banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat had kepada pertumbuhan.

“Ia bukan tidak terbatas,” katanya, sambil menambah apabila sesebuah syarikat mencapai satu tahap, bergantung kepada jenis perniagaan, lebih banyak masalah akan timbul kerana syarikat tersebut berkembang semakin besar, terutamanya apabila ia sebuah konglomerat.

“Sebagai contoh, banyak kajian menunjukkan bahawa penggabungan dan pengambilalihan membawa kepada lebih banyak kegagalan berbanding kejayaan.

Apabila ia melibatkan syarikat-syarikat besar seluruh dunia, bukan hanya di Malaysia, terdapat lebih banyak kegagalan, katanya.

Zainal yang juga Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia dan Penasihat Ekonomi di Bank Negara Malaysia, berkata Sime Darby harus merevolusikan kelebihan perbandingannya.

Beliau berkata, syarikat-syarikat besar lain, dalam sektor awam dan juga swasta, harus menumpukan semula kelebihan perbandingan mereka.

“Malahan Petroliam Nasional Bhd. baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan menumpukan kepada perniagaan domestiknya,” katanya.

Mengenai rancangan Sime untuk menyenaraikan perladangannya di Indonesia di Bursa Saham Jakarta menjelang 2011, beliau berkata, syarikat itu harus menumpukan kepada dalaman, pengukuhan semula dan pengutamaan semula. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.