saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 16/06/2010

ECERDC bangunkan ladang ternakan kambing

KUALA TERENGGANU 15 Jun - Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) membangunkan 35 ladang penternakan kambing di negeri ini yang mampu memelihara 36,000 ekor haiwan menjelang tahun 2015.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jebasingam Issace John berkata, bagi memantapkan pembangunan tersebut, sebuah Pusat Pembiakan dan Inovasi Kambing di Kuala Berang, Hulu Terengganu dan ladang komersial bakal dibina di Telaga Papan, Setiu.

Katanya, objektif utama pembangunan tersebut bagi mewujudkan program penternakan kambing secara bersistematik dan mapan bagi meningkatkan pengeluaran kambing di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

''Di bawah projek ini, ECER telah menetapkan sasaran pengeluaran sebanyak 12,620 ekor kambing Boer dalam tempoh lima tahun pertama projek. Sebagai permulaan, ECERDC akan menyediakan 530 ekor kambing baka asli kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

''Kambing tersebut akan diserahkan kepada Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn. Bhd (TADC) untuk dibiakkan dan bakinya akan ditempatkan di ladang komersial," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama dengan JPV dan Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta perjanjian komersial bersama TADC.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut turut disaksikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang berlangsung di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, dalam tempoh 2007 hingga Mei 2010, Terengganu berjaya menarik pelaburan swasta tempatan dan asing berjumlah RM5 billion.

Justeru katanya, kerajaan negeri bersedia memberi kerjasama kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan hal-hal pelaksanaan projek dapat diselaraskan dan diselesaikan agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

''Bagi fasa pertama projek ini, sejumlah 100 buah rumah baru untuk golongan miskin tegar di kawasan Besut dan Setiu dan 62 unit kandang ternakan haiwan (APU) bagi kambing Boer akan dibina bermula bulan Ogos ini.

''Pembangunan keseluruhan projek ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Oktober tahun depan manakala sebanyak 50 buah rumah baru dan 32 APU lagi telah pun dirancang di bawah projek ini di bawah peruntukkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10)," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.