saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 18/06/2010

Cari bijih timah masih popular


MOHD. Yusof Hanafi menunjukkan bijih timah yang diperolehnya di Sungai Ular, Kulim, Kedah, baru-baru ini.


KULIM 17 Jun - Kegiatan mencari bijih timah sebagai sumber pendapatan masih diteruskan oleh penduduk yang tinggal di beberapa kampung sekitar Mukim Sungai Ular dekat sini.

Kegiatan berkenaan masih berlangsung meskipun hampir kesemua lombong bijih timah di kawasan Kulim telah dihentikan hampir separuh abad yang lalu.

Kini para penduduk meneruskan usaha mencari sisa-sisa bahan komoditi terbabit yang tertumpu di kawasan sungai.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kebanyakan penduduk mula mencari bijih seawal pukul 8 pagi dan berakhir hingga 6 petang dengan ada di antara mereka memperoleh hasil lebih RM300 sehari.

Mereka mencari bijih di dasar Sungai Ular yang terletak di tepi Jalan Kulim-Bandar Baharu dekat Ladang Terap di sini.

Dianggarkan kira-kira 20 penduduk berada di kawasan itu setiap hari. Jumlah pencari bijih juga dikatakan bertambah sehingga 50 orang pada hujung minggu.

Mohd. Yusof Hanafi, 65, dari Kampung Melayu Terap berkata, hujan hampir setiap hari menyebabkan dia tidak dapat menoreh getah membuatkan penduduk terpaksa melakukan kerja alternatif dengan mencari bijih secara sambilan.

Katanya, melalui kerja itu, dia memperoleh hampir RM2,000 sebulan.

''Memandangkan hujan kerap sekarang ini, terpaksalah saya mencari bijih sebagai satu kerja sambilan," katanya di sini kelmarin.

Menurutnya, kaedah yang digunakan untuk mencari bijih di sungai berkenaan cukup mudah iaitu hanya berbekalkan pencedok dan dulang.

"Saya akan turun ke sungai dan kenal pasti kawasan berpasir. Selepas itu, kita ambil pencedok untuk keluarkan pasir dan ayak menggunakan dulang.

"Jika ada bijih, ia akan timbul di permukaan dulang dengan butir-butir halus kehitaman. Saya akan kumpulkan dalam jumlah yang banyak dalam bekas sebelum dijual," katanya.

Mohd. Yusof memberitahu, kerja-kerja mencari bijih sangat menguji kesabaran memandangkan tidak semua tempat di sungai berkenaan mempunyai komoditi tersebut.

"Sungai Ular ini tidak dalam dan air berada pada paras lutut sahaja. Namun tidak semua tempat ada bijih, kita kena pilih betul-betul kawasan sesuai seperti di hulu sungai," jelasnya.

Ditanya tentang hasil, Mohd. Yusof berkata, pendapatan melalui pekerjaan itu tidak menentu kerana ada penduduk yang mendapat sehingga RM300 dalam masa yang singkat sahaja.

''Kadang-kadang dapat banyak sehingga 10 kilogram sehari. Namun pada hari-hari biasa, dapatlah sekitar satu atau dua kilogram," katanya.

Tambahnya, setiap kilogram bijih timah akan dijual pada harga antara RM28 hingga RM35.

"Saya akan hantar kepada pembeli timah berlesen di Kampung Terap. Ada kalanya, peraih timah akan datang beli sendiri di lokasi," katanya.

Seorang lagi pencari bijih, Seman Jusuh, 56, dari Jalan Paya Besar di sini berkata, dia kini mencari bijih secara sepenuh masa selepas mendapat tawaran menerusi skim pemberhentian sukarela (VSS) di sebuah kilang kira-kira dua tahun lalu.

''Sebaik sahaja bijih ini diproses, kami pergi menjualnya kepada pembeli. Difahamkan mereka kemudian menghantar bijih untuk dijual di pekan Kelian Intan, Gerik pada harga yang lebih tinggi," katanya.

Seman berkata, para pembeli bijih timah terbabit biasanya mempunyai lesen khas yang dikeluarkan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta daripada Pejabat Tanah dan Galian Daerah Kulim.

"Saya diberitahu bijih timah di sini berkualiti agak tinggi. Kebanyakan bijih yang kami dapat adalah dari jenis silika," dakwanya.

Berdasarkan fakta sejarah, pada pertengahan abad ke-19, daerah Kulim menjadi tumpuan kerana penemuan hasil bijih timah.

Dianggarkan pada tahun 1890, terdapat seramai 400 pelombong Cina beroperasi dengan mewujudkan sekurang-kurangnya lapan syarikat besar di Kulim dan bertumpu di kawasan Belakang Tebok.

Tidak lama selepas itu, beberapa lagi lombong bijih timah besar dibuka di sekitar Taman Tunku Putra, Kampung Bukit Besar, Karangan, Terap dan Kelang Lama.

Bagaimanapun kegiatan tersebut merosot sebelum dihentikan sekitar tahun 1950-an berikutan kejatuhan teruk harga komoditi berkenaan di pasaran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.