saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/06/2010

Kuasa Melayu: Dr. Mahathir bidas ulasan Dr. Azmi Sharom

KUALA LUMPUR 18 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas penganalisis politik negara yang masih berpegang kepada pemikiran lama bahawa orang Melayu kekal memegang kuasa majoriti.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, secara efektif orang Melayu yang merupakan 60 peratus penduduk negara ini tidak lagi memegang kuasa kerana berpecah kepada tiga kumpulan.

"Orang Melayu sekarang berpecah tiga. Kalau pecahan ini sama rata maka tiap satu puak atau parti, peratusan mereka 20 peratus. Walaupun mungkin ada parti mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih.

"Sokongan kepada Pas sahaja dalam pilihan raya menunjuk lebih 50 peratus daripada pengundi Melayu menyokongnya. Lima puluh peratus daripada 60 peratus (jumlah peratusan Melayu dalam negara) ialah 30 peratus," katanya dalam entri terbaru blognya di http://chedet.co.cc bertajuk Melayu Kemana 2.

Dr. Mahathir mengulas kenyataan Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaysia, Prof Madya Dr. Azmi Sharom yang disiarkan portal berita Malaysian Insider yang menyanggah beliau semalam mengenai tulisannya bertajuk Melayu Ke mana?

Azmi menyatakan, pendapat Dr. Mahathir dalam tulisannya bertajuk Melayu Ke mana? sebenarnya hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.

Pensyarah undang-undang itu memberitahu, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti.

Dr. Mahathir dalam mempertahankan hujahnya menjelaskan, baki kuasa 30 peratus orang Melayu itu terbahagi antara UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan UMNO mungkin mendapat bahagian yang terbesar.

"Dilihat dari segi keseluruhan penduduk negara, Melayu yang 60 peratus sudah terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing mendapat peratusan kurang daripada 50 peratus penduduk, iaitu kurang daripada majoriti. Puak-puak ini pula bermusuh sesama mereka sehingga ketiga-tiga menjadi lemah.

"Permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah, kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya 1/3 daripada 60 peratus, iaitu hanya 20 peratus," katanya.

Jelas beliau, keadaan itu menjadikan orang Melayu dalam konteks kuasa mengundi demokratik merupakan puak minoriti, walaupun jumlah bilangan mereka sebagai warga negara berjumlah 60 peratus.

"Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka tetapi bala tentera Melaka kalah.

"Bukan jumlah yang besar yang penting tetapi keupayaan pasukan. Tidak kurang pentingnya kepada hasil pertempuran antara Melaka dan Portugis ialah peranan Kitol dan Raja Mendeliar. Di kalangan orang Melayu yang sudah terbahagi tiga juga terdapat ramai Kitol dan Raja Mendaliar," katanya.

Dr. Mahathir semalam menulis dalam blognya dengan tajuk Melayu Ke mana? menegaskan, masa sudah tiba untuk orang Melayu memikirkan secara mendalam nasib masa depan mereka.

"Bersatu teguh, bercerai roboh. Pilihlah yang mana satu.

"Saya akan dituduh chanuvinist dan racist kerana menyuarakan pendapat saya ini.

"Saya sanggup dilabel dengan apa sahaja label. Niat saya ialah untuk memperingati kita semua sebelum nasi jadi bubur. Berpecah dan berebutlah. Akhirnya yang dikendong berciciran dan yang dikejar tidak tercapai," ujarnya.

Beliau mengakhiri tulisannya dengan persoalan: 'Wahai Melayu, Kemana Kamu?'.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.