saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 19/06/2010

Cermin mata stail tersendiri, eksklusif


Ultimate untuk yang berani.


TREND memakai cermin mata hitam bukan sesuatu yang asing jika anda peminat fesyen. Ia bukan sekadar melindungi mata daripada pancaran sinar matahari.

Selain nampak bergaya, ia dapat meningkatkan kualiti penglihatan mata. Percaya atau tidak, dengan menggunakan cermin mata hitam pada siang hari dapat meningkatkan kadar penglihatan pada waktu malam.

Lebih menarik, bentuk cermin mata itu sendiri menyerlahkan gaya menjadi lebih trendy, sesuai dengan imej yang ditonjolkan. Malah, oleh kerana aksesori untuk kaum lelaki ini tidak semeriah wanita, cermin mata hitam sering menjadi pernyataan fesyen sang jejaka.

Satu bonus buat lelaki, mereka tidak terikat kepada satu bentuk cermin mata sahaja iaitu trend ala 1980-an seperti kebanyakan cermin mata hitam untuk wanita yang agak terhad bentuknya.

Tidak kiralah bentuk segi empat tepat, bujur, bulat, kecil atau besar, golongan lelaki masih lagi boleh menggayakan cermin mata hitam tersebut, kerana ia tidak mati dengan kehadiran trend-trend baru.

Perlu diingat, memilih cermin mata hitam amat penting kerana ia membantu untuk menaikkan imej dan gaya penampilan terutama pada pertemuan kali pertama.

Namun, jangan pula memilih cermin mata hitam yang tidak secocok dengan penampilan dan tidak berkualiti yang mungkin menjejaskan penglihatan. Pilihlah cermin mata mengikut panduan yang betul.

Jika diperhatikan, trend cermin mata hitam kini berbentuk lebih besar dan tidak terikat dengan bentuk bulat. Fesyen ala tahun sekitar 1950-an hingga 1980-an antara gaya yang `dikembalikaní semula.

Terbaru, jenama Dunhill memasarkan cermin mata terkini dengan rekaan moden, stail tersendiri dan eksklusif.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.