saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 21/06/2010

Bina rumah semudah pasang almari


Penduduk kampung di Padang Terap, Kuala Nerang diberi peluang memasang sediri Rumah Bina Sendiri menggunakan Sistem RTA.


MEMBINA rumah menggunakan sistem RTA (ready-to-assemble) amat mengujakan mereka yang terlibat.

Apa tidaknya, ia tidak memerlukan individu berkenaan mempunyai pengalaman atau kemahiran dalam pembinaan rumah untuk melakukannya.

Hanya lihat dan faham pelan panduan yang disediakan dan pembinaan boleh dimulakan.

Pengalaman itu dikongsi oleh penduduk kampung, Mat Khairi Din, 35, yang terlibat dalam kajian sistem RTA di Kampung Tanjung Luar, Kuala Nerang, Kedah, baru-baru ini.

Dia berkata, walaupun berpengalaman membina rumah kampung tetapi ia tidak sehebat RTA yang disifatkannya mudah dan cepat.

“Perbezaan antara membina rumah tradisi kampung dengan rumah RTA amat besar.

“Saya rasa amat teruja kerana rumah RTA dapat disiapkan dengan cepat kerana sistemnya amat mudah,” katanya yang ditemui sebaik saja menyiapkan rumah RTA bersama lapan lagi ahli kumpulannya dalam tempoh empat jam.

Perasaan itu turut dikongsi oleh pelajar, Zulhelmi Osman, 19, yang tidak pernah mempunyai pengalaman dalam pembinaan rumah.

“Saya berasa sungguh seronok kerana sebelum ini saya tidak pernah terfikir dapat membina sebuah rumah tetapi sistem RTA telah mengubah sama sekali anggapan tersebut.

“Ibaratnya seperti memasang sebuah almari pasang siap yang banyak dijual di kedai tetapi kali ini kita memasang sebuah rumah,” ujarnya.

Jika ada peluang pada masa depan, kedua-dua mereka mahu terlibat dalam projek pembinaan rumah RTA.

Sementara itu, tuan rumah tempat kajian itu dijalankan, Mohd. Sidek Hashim, 54, berkata, sambutan penduduk setempat terhadap kajian rumah RTA itu amat memberansangkan.

Katanya, ramai penduduk kampung itu yang berminat untuk turut serta dalam pembinaan rumah RTA itu sehingga beliau terpaksa menolak permintaan tersebut disebabkan jumlah peserta yang dihadkan kepada hanya lapan orang setiap hari.

“Mereka menunjukkan minat yang tinggi kerana ingin melihat sendiri bukti bahawa rumah RTA bukan saja mudah dibina tetapi memakan masa yang cepat.

“Saya juga dapati, kerja gotong- royong yang mereka lakukan dalam tempoh empat hari kajian itu disertai oleh mereka yang mempunyai fahaman politik yang berlainan,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) kampung berkenaan.

Dalam pada itu, pemilik syarikat yang menyediakan bahan pembinaan RTA, Zakaria Ahmad dari Zayana Enterprise berkata, cabaran besar yang dihadapi semasa menyediakan bahan tersebut ialah memastikan kesesuaian dan ketahanan kayu.

“Ini kerana terdapat kayu yang mengecut dalam tempoh waktu tertentu yang mencacatkan sedikit kesempurnaan rumah RTA,” katanya.

Beliau berkata, rumah RTA juga hanya menggunakan nat dan skru untuk menyambungkan semua bahagian jika hendak dibanding dengan rumah tradisional Melayu yang banyak menggunakan kaedah tebukan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.