saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/06/2010

Ahmad Mahmood pandai berjimat


TIGA ahli panel Program Imbas Kembali Allahyarham Seniman Datuk Ahmad Mahmood, yang berlangsung di Studio Sound Stage, Finas, Hulu Kelang baru baru ini iaitu Arif Maarof (kiri), Mustapha Maarof (tengah) dan Mariani (kiri).


MEMULAKAN kerjaya seni di Studio Jalan Ampas, Singapura sekitar tahun 1950 membuktikan bakat seni yang ada pada seniman legenda ini bukan kecil.

Berlakon dalam puluhan filem era hitam putih, nama Allahyarham Datuk Ahmad Mahmood barangkali sudah tidak perlu diperkenalkan lagi apabila bercerita tentang figura filem terkenal ini.

Pasti ramai yang masih mengingati lakonan beliau yang sehingga kini meninggalkan kesan di hati penonton antaranya watak Doktor Ismadi dalam filem Ibu Mertuaku serta watak Hang Jebat dalam filem Hang Tuah.

Filem-filem lain yang pernah mengangkat nama Ahmad Mahmood ialah Matahari (1951), Istana Impian (1953), Air Mata (1953), Isi Neraka (1960), Lela Manja (1960), Megat Terawis (1960), Siti Muslihat (1962), Ranjau Sepanjang Jalan (1983), Dendam Dari Pusara (1983) dan Komplot (1984).

Selain berbakat besar dalam lakonan, Ahmad Mahmood juga berkebolehan menyanyi.

Kembali ke rahmatullah pada tanggal 27 Ogos 2008 merupakan kehilangan besar buat industri perfileman negara. Perginya seorang bintang legenda yang cukup komited dalam menaikkan jalur seni perfileman negara.

Sisi lain seorang bergelar Ahmad Mahmood cuba disingkap baru-baru ini menerusi Program Imbas Kembali Allahyarham Seniman Datuk Ahmad Mahmood yang berlangsung di Studio Sound Stage, Finas, Hulu Kelang bersempena sambutan Hari Seniman pada tahun ini.

Majlis yang dipengerusikan oleh Chuari Selamat itu mengundang tiga ahli panel termasuk seniman Datuk Mustapha Maarof dan seniwati Mariani untuk bercerita tentang insan bernama Ahmad Mahmood dari kaca mata mereka yang pernah sama-sama bekerjasama suatu masa dahulu.

Seorang lagi ahli panel yang diundang ialah Arif Maarof yang merupakan sahabat serta menantu dan suami kepada Rogayah, anak sulung Allahyarham Ahmad Mahmood.

Tidak suka membuang masa

Mendekati Ahmad Mahmood, yang juga berasal dari Negeri Sembilan, umpama bonus baginya yang merupakan anak rantau di Kota Singa itu.

Selain tidak suka menghabiskan masa dengan sia-sia melepak di kedai kopi Ahmad Mahmood bagi Mustapha merupakan insan yang cukup pandai menjaga ekonomi keluarga.

Mungkin kerana itu jugalah maka antara ramai-ramai artis sealiran ketika itu, Ahmad Mahmood merupakan orang yang pertama memiliki kenderaan sendiri.

“Jika tidak, manakan apabila berpindah ke negara ini, beliau mampu menghasilkan filem dengan mengeluarkan wang sendiri serta membeli peralatan penggambaran filem,” kata Mustapha.

Menerusi syarikat filemnya, Ahmad Mahmud Film, filem pertama yang diterbit dan diarahkan sendiri oleh beliau ialah Mama Oh Mama lakonan Azean Irdawaty, Dharma Harun Al-Rashid dan Neng Yatimah.

Beliau turut menghasilkan filem Antara Dua Nisan lakonan A. Galak dan Noor Azizah.

Bagi Mariani pula, pelbagai kenangan disimpannya terutama ketika digandingkan dalam filem Dupa Chendana, Impian, Mogok dan Istana Impian.

Paling kacak

Seperti yang diperkatakan oleh Mustapha sebelum ini, kakak kepada Biduan Negara Allahyarham Puan Sri Saloma itu, turut mengakui Ahmad Mahmood memang seorang yang cukup pandai berjimat.

“Tidak bergaul dengan kami di kedai kopi bukan kerana dia sombong tetapi dia begitu mementingkan hubungan keluarga malah, waktu makan tengah hari dia pasti akan pulang ke rumah untuk makan bersama keluarga.

“Selain itu, apa yang boleh saya katakan tentang Ahmad Mahmood, dia seorang yang kacak. Malah, ketampanannya turut diakui oleh Saadiah yang sering digandingkan dalam filem ketika itu,” kata Mariani.

Antara perkara yang tidak dapat dilupakan oleh Mariani apabila diarahkan oleh pengarah untuk melakonkan adegan romantik dengan Ahmad Mahmood.

“Ini antara perkara yang tidak boleh saya lupa sampai ke hari ini. Sampai lima kali ulang buat adegan romantik saya masih tidak dapat berikan hasil yang memuaskan,” kata Mariani semuanya gara-gara isteri Allahyarham iaitu Datin Khatijah Mohammad ada di set penggambaran ketika itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.