saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/06/2010

Tanggungjawab sosial Faizal Tahir


AHMAD Shabery Chik (tengah) dan Farid Ridzuan (empat dari kanan) bersama barisan artis sempena sambutan ke-26 tahun TV3 dan pelancaran kempen Bebaskan Bumi Palestin pada program Wanita Hari Ini yang berlangsung di Sri Pentas, Damansara baru-baru ini.


PENYANYI terkenal ini memang cukup gah namanya di arena hiburan tempatan. Jika diukur dari sudut populariti, tidak dinafikan Faizal Tahir mempunyai pengikut yang tidak kurang ramainya.

Mungkin atas alasan itu pelantun lagu Sampai Syurga itu diberi kepercayaan oleh Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dengan melantiknya sebagai duta bagi kempen kemanusiaan, Bebaskan Bumi Palestin baru-baru ini.

Pelancaran kempen yang dianjurkan bersempena ulang tahun penubuhan ke-26 stesen swasta itu disiarkan secara langsung menerusi program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI) baru-baru ini dan dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Chik.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan.

Kempen Bebaskan Bumi Palestin tercetus berikutan isu kekejaman rejim Israel ke atas kru dan penumpang sukarelawan kapal Mavi Marmara yang mendapat perhatian ramai pihak pada penghujung Mei lalu.

Menurut Farid, pergolakan yang berlaku di Palestin dan Gaza yang semakin meruncing membangkitkan rasa prihatin TV3 untuk melaksanakan tanggungjawab sosial dengan menganjurkan kempen tersebut.

Sepanjang kempen tersebut, klip video dua versi berdurasi 30 saat dan 1 minit dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu bakal dihasilkan.

Bagi Faizal, pelantikan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat di samping menyuarakan pendapat serta memupuk nilai keprihatinan di kalangan masyarakat.

Tidak menyangka terpilih sebagai individu yang dipertanggungjawabkan dalam menyampaikan misi keamanan, jelas Faizal, berkemungkinan ini merupakan salah satu usaha terbaik dalam meringankan bebanan masyarakat Palestin - Gaza dalam bentuk motivasi.

Sedih mengenangkan nasib yang menimpa penduduk Palestin - Gaza, kata Faizal, kebanyakan bentuk bantuan yang cuba diberikan menemui jalan buntu untuk disalurkan kepada mereka.

“Saya agak terkejut kerana diberi peranan yang saya kira agak berat juga. Sebelum ini, saya memang mengikuti perkembangan tentang Palestin dan Gaza serta banyak berbincang dengan peminat di laman sosial Facebook.

“Bila diberi peluang sebegini saya rasa ini salah satu medan terbaik buat saya menyampaikan mesej-mesej kepada seluruh rakyat di negara ini.

“Sebagai public figure, selagi orang kenal saya selagi itulah saya akan cuba menyempurnakan tanggungjawab untuk membantu dan saya berharap seluruh rakyat Malaysia menyokong kempen ini,” kata Faizal.

Tersentuh

Sebagai orang seni, akui Faizal, dia mempunyai jiwa yang halus malah ada ketikanya dia cukup mudah tersentuh.

Oleh itu, setiap kali membaca laporan mengenai keganasan yang berlaku di Palestin - Gaza hatinya meruntun sehingga ada ketika air mata lelakinya tidak mampu ditahan.

“Saya menangis kerana saya memang sentiasa mengikuti perkembangan tentang rakyat di Palestin dan Gaza dan daripada berita-berita yang saya baca boleh dikatakan kesemuanya begitu menyedihkan.

“Setiap hari memang saya melayari Internet untuk mengetahui tentang berita-berita terkini yang berlaku.

“Saya ingin memberi apa saja bantuan yang boleh. Kalau bukan dari segi wang ringgit mungkin dari segi suara,” kata Faizal.

Menurut Farid, dalam menjayakan misi tersebut tentu sahaja pihaknya memerlukan seorang ikon atau personaliti yang boleh diangkat sebagai simbol keamanan.

Oleh itu mereka telah sebulat suara mencadangkan Faizal Tahir sebagai duta bagi kempen tersebut.

Tambah Farid, pihaknya yakin dengan pemilihan Faizal sebagai tunggak kempen tersebut memandangkan beliau mempunyai kelebihan serta aura tersendiri terutamanya dalam menyampaikan mesej-mesej penting kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Kempen ini tidak melibatkan apa-apa sumbangan ataupun kutipan derma daripada orang ramai kerana ia dijalankan semata-mata ingin menyampaikan mesej murni serta menimbulkan kesedaran kepada masyarakat terutamanya dalam mengambil iktibar atas kejadian yang menimpa rakyat Palestin.

“Oleh yang demikian, setiap kali penonton menonton klip yang dihasilkan secara tidak langsung akan memberi peringatan kepada mereka terhadap kesengsaraan dan kesusahan yang dilalui oleh umat Islam yang tertindas,” kata Farid.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.