saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 23/06/2010

McChrystal persenda Joe Biden

WASHINGTON 22 Jun - Komander tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan, Jeneral Stanley McChrystal mempersenda Naib Presiden AS, Joe Biden dan mengutuk Duta AS ke Kabul dalam satu wawancara yang disiarkan semalam.

Pembantu kanan McChrystal juga dilaporkan bercakap mengenai Presiden Barack Obama dengan nada kurang hormat.

Ketegangan antara McChrystal dengan White House dipaparkan dengan jelas dalam profil yang disiarkan oleh majalah Rolling Stone mengenai jeneral tersebut yang mengetuai tentera AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan.

McChrystal hari ini mengeluarkan kenyataan memohon maaf berikutan penyiaran wawancara dan profil itu.

"Saya memohon maaf dengan tulus ikhlas kerana penyiaran profil ini dan kesilapan yang mencerminkan pertimbangan kurang bijak dan tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Dalam wawancara itu, McChrystal dengan sinis bergurau ketika bersiap sedia untuk menjawab soalan berkaitan dengan Biden yang diketahui meragui strategi perang komander itu.

"Awak hendak bertanya soalan tentang Naib Presiden Biden? Siapa Biden?," kata McChrystal sambil ketawa kecil.

Jeneral itu juga memberitahu Rolling Stone, beliau merasakan dirinya 'dikhianati' oleh Duta AS ke Kabul, Karl Eikenberry dalam perbahasan di White House pada tahun lepas berhubung strategi perang.

Merujuk kepada memo dalaman daripada Eikenberry yang mempertikaikan permintaan McChrystal untuk mendapatkan askar tambahan, komander itu mendakwa Eikenberrry hanya mahu melindungi reputasinya sendiri dalam sejarah.

Eikenberry yang juga bekas komander di Afghanistan dalam suratnya kepada White House berkata, Presiden Afghanistan Hamid Karzai adalah rakan yang tidak boleh diharap dan pertambahan askar AS di negara itu boleh mengheret AS ke kancah perang yang tidak berkesudahan.

Artikel Rolling Stone itu memaparkan pergeseran antara White House dengan tentera AS pada akhir tahun lepas semasa Obama dan pentadbirannya membahaskan isu sama ada hendak menunaikan permintaan McChrystal supaya berpuluh-puluh ribu askar tambahan AS dikerahkan ke Afghanistan.

Walaupun Obama akhirnya memenuhi sebahagian besar permintaan McChrystal, jeneral itu menyifatkan kajian semula strategi perang pada waktu tersebut sebagai satu tempoh yang sukar. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.