saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/06/2010

MBE Bandar Sunway penyumbang terbaru EM1M


Zul Sukri Embong (kiri) menyerahkan cek sumbangan RM2,000 kepada Kapten Azizi Hashim (kanan) di Kuala Lumpur, semalam.


PETALING JAYA 22 Jun - Usaha mempromosikan pengumpulan dana untuk menubuhkan perpustakaan di rumah anak yatim oleh peserta Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) melalui laman rangkaian sosial Facebook berjaya menarik perhatian Mail Boxes Etc (MBE), Bandar Sunway tampil menyumbang.

Pengarah Prinsipal, Matchmark Corporation Sdn. Bhd. yang merupakan pemegang lesen francais dari MBE Malaysia, Zul Sukri Embong berkata, beliau secara peribadi mengagumi kesungguhan peserta EM1M untuk mengumpul dana amal walaupun sibuk melakukan persiapan lojistik ekspedisi bermotosikal dari Kuala Lumpur ke London.

Tambahan pula, kata Zul Sukri, sudah tiba masanya untuk pihaknya menyumbang kepada golongan yang kurang bernasib baik selepas dua tahun membuka cawangan MBE.

"Segalanya bermula di Facebook, saya memerhatikan peserta ekspedisi bersungguh-sungguh melakukan promosi kutipan dana amal melalui aktiviti kembara lasak bermotosikal.

"Sebagai peminat motosikal berkuasa tinggi, saya rasa adalah perlu untuk bersama-sama mereka, memanglah sumbangan dari kami tidaklah sebesar mana namun jika lebih ramai yang tampil menyumbang, pastinya hasrat murni peserta EM1M dapat dicapai," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan cek sumbangan bernilai RM2,000 kepada Ketua EM1M, Kapten Azizi Hashim di sini hari ini.

Program kembara lasak bermotosikal bagi memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dan meraikan semangat 1Malaysia itu disertai lima peserta Melayu, Cina, India dan Kadazandusun.

Pada masa sama, mereka menjalinkan kerjasama dengan Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk mempromosikan kutipan dana penubuhan perpustakaan di rumah-rumah anak yatim terpilih.

Mengenai MBE Bandar Sunway, Zul Sukri berkata, pihaknya menawarkan pelbagai perkhidmatan pos, mel ekspres, kurier dan lojistik daripada penyedia perkhidmatan terkemuka seperti United Parcel Service (UPS), DHL, City Link dan Pos Laju.

Selain itu, katanya, turut disediakan adalah perkhidmatan sewaan peti surat, komputer dan bilik persidangan untuk melicinkan operasi pejabat kecil pejabat rumah (SOHO).

"Konsep kami adalah menawarkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh beberapa syarikat terkemuka dunia di bawah satu bumbung untuk kemudahan pengguna" katanya.

Untuk menderma secara online, layari www.irm.org.my manakala sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Iskandar Shah Ismail di 019-2665157/03-89486334 atau melayari xpdc1malaysia.blogspot.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.