saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 24/06/2010

Zainal Abidin langsai nafkah anak, tutup kes

KUALA LUMPUR 23 Jun - Bekas isteri penyanyi Zainal Abidin, Natasya Gabriel Abdullah menarik balik tuntutan tunggakan nafkah anak berjumlah RM18,900 selepas penyanyi itu melangsaikannya di luar mahkamah seminggu lalu.

Peguam syarie yang mewakili Natasya, Norhusniah Husin hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini untuk menyerahkan notis menarik balik tuntutan dan menutup kes tersebut.

Beliau ketika dihubungi memberitahu, bayaran yang dibuat menggunakan sekeping cek diterima oleh pihaknya minggu lalu melalui peguam syarie Abdul Halim Bahari yang mewakili Zainal, 51.

Pada 6 Mei lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Hijau itu dikenakan waran tangkap selepas gagal menghadiri prosiding kes saman penghutang itu.

Natasha, 51, selaku plaintif memfailkan permohonan tersebut pada 20 April lalu atas dakwaan artis berkenaan gagal melunaskan tunggakan nafkah dua orang anak mereka antara 2004 sehingga sekarang berjumlah RM18,900.

Pasangan itu bernikah pada 24 Mac 1987 dikurniakan sepasang cahayamata, Mikhail dan Timur, yang berusia 18 dan 16 tahun sebelum bercerai pada 12 Disember 2000.

Mikhail disahkan menghidap penyakit autisme selain mengalami penyakit mata.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.