saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 25/06/2010

Petraeus ganti McChrystal di Afghanistan

KABUL 24 Jun - Pegawai Afghanistan meluahkan rasa lega dengan pemilihan Jeneral David Petraeus sebagai pengganti Jeneral Stanley McChrystal sebagai komander tertinggi Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Mereka juga percaya strategi AS untuk mengurangkan korban awam serta mengukuhkan kerajaan Afghanistan akan diteruskan.

Semalam, Presiden Barack Obama memecat McChrystal berikutan kelancangannya dalam sebuah artikel majalah Rolling Stone yang mempersenda Naib Presiden AS, Joe Biden dan mengutuk Duta AS ke Kabul.

Mereka sebelum ini memberi amaran pemecatan McChrystal akan menganggu kemajuan dalam perang dan menjejaskan operasi keselamatan penting yang sedang berjalan di kubu kuat Taliban di selatan negara ini.

Selepas Obama mengumumkan pemilihan Petraeus, pihak berkuasa Afghanistan semalam menyatakan kelegaan kerana komander perang veteran itu membantu membentuk strategi menentang pemberontakan yang kini dilaksanakan di Afghanistan.

Jurucakap Presiden Hamid Karzai, Waheed Omar berkata, pemimpin tertinggi Afghanistan itu dimaklumkan tentang perubahan kepimpinan sebelum pengumuman itu dibuat dan beliau gembira dengan walaupun pada masa sama menghormati McChrystal.

"Beliau menghormati McChrystal namun penghormatan sama juga diberikan kepada Petraeus. Dia percaya Petraeus mengenali Afghanistan," jelasnya.

Omar menyifatkan McChrystal sebagai 'askar yang baik' dan rakan kepada rakyat Afghanistan selain menaruh kepercayaan yang dia boleh dipercayai.

Katanya, Karzai yakin AS dan Afghanistan 'berada dalam persimpangan yang sangat sensitif' dan sebarang gangguan 'tidak akan membantu'.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Jeneral Mohammad Zahir Azimi turut menyuarakan sokongan kepada McChrystal dan Petraeus.

"Sejak McChrystal mengambil alih tugas sebagai komander, berlaku banyak perubahan dari pelbagai aspek yang sangat penting dan positif. - AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.