SELATAN
ARKIB : 26/06/2010
Tapai Sarimah ada kelainan
![]() |
Tenaga pekerja banyak membantu kejayaan Tapai Sarimah. – utusan/Nas Norziela Nasbah |
ALOR GAJAH 25 Jun – Tapai merupakan sejenis makanan tradisional yang popular di kalangan rakyat negara ini sehinggakan ia turut disajikan di hotel-hotel bertaraf lima bintang.
Bagaimanapun, tidak semua orang dapat menghasilkan tapai yang manis kerana penyediaannya yang rumit dan penuh dengan ‘pantang larang’ perlu diikuti bagi menghasilkan tapai enak dan tidak masam.
Sebelum ini, kita mungkin hanya mendengar pembuat tapai mempelbagaikan jenis tapai dengan menambah aiskrim atau ubi ke dalam tapai tersebut.
Namun begitu, satu kelainan ditonjolkan oleh pemilik Tapai Sarimah apabila mereka menyediakan produk tapai berperisa sirap ros.
Tapai yang menjadi permintaan ramai ini sama seperti perisa tapai asli dan pandan. Apa yang membezakannya ialah beras pulut tapai sirap ros ini berwarna merah cair.
Cara membuatnya adalah sama iaitu pulut dibersihkan dan dikukus hingga masak. Apabila sudah masak, pulut tersebut disejukkan di dalam dulang.
Kemudian ragi dan gula ditaburkan ke atas pulut yang sudah sejuk. Selepas itu bahan-bahan itu digaul hingga sebati. Semasa menggaul, air dimasukkan sedikit demi sedikit.
Apabila semua bahan sebati, pulut dibungkus dengan daun pisang. Kadang-kadang daun getah digunakan juga. Bagi Tapai Sarimah, pemiliknya lebih selesa menggunakan plastik sebagai alas dan dibalut dengan kertas warna mengikut perisa.
Bungkusan-bungkusan pulut itu dimasukkan ke dalam periuk dan dibalut dengan kain tebal. Tujuan periuk dibalut ialah untuk mendapatkan suhu yang panas. Keadaan ini boleh menyebabkan tapai dimasak dengan cepat.
Menariknya Tapai Sarimah ini, walaupun mempunyai tiga perisa berlainan, ia masih mempunyai rasa tapai asli dan tidak menggunakan mana-mana pewarna secara berlebihan.
Pemilik Perusahaan dan Pengawetan Tapai Sarimah, Abd. Aziz Jais, 52, berkata, idea untuk membuat tapai berperisa sirap ros ini adalah hasil perbincangan bersama isterinya, Sarimah Rasyid, 38, yang mahukan kelainan berbanding tapai-tapai sedia ada di pasaran.
Menurutnya, selepas empat tahun mencuba membuat dan menjalankan perniagaan menjual tapai perisa asli serta pandan, dia merasakan mereka perlu mencuba sesuatu yang baru dan mampu menarik perhatian orang ramai.
‘‘Sebelum ini kita banyak mendengar mengenai tapai aiskrim dan tapai ubi. Orang ramai hanya dapat merasa dua perisa tersebut selain daripada perisa asli dan pandan.
‘‘Namun begitu, selepas membuat perbincangan bersama isteri dan kakitangan lain, kami telah sama-sama bersetuju untuk mencipta perisa baru iaitu tapai sirap ros,” katanya.
Menurut beliau, Tapai Sarimah berperisa sirap ros ini unik kerana mempunyai rasa manis tersendiri.
‘‘Ramai yang menyukai tapai berperisa sirap ros ini memandangkan rasa manisnya yang berbeza daripada tapai lain.
‘‘Misalnya tapai perisa asli dan pandan, sudah biasa didengari tetapi Tapai Sarimah perisa sirap ros ini adalah produk tapai pertama yang menjadi idea asli dari syarikat kami,” katanya
Abd. Aziz berkata, Tapai Sarimah berperisa sirap ros ini diterima oleh orang ramai dan sering mendapat permintaan tinggi khususnya pada majlis keramaian.
‘‘Kami sentiasa menerima tempahan dan bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi talian 06-3853041 atau terus ke kedai kami, di Lot 2635, Kampung Air Hitam Pantai, Tanjung Bidara, Masjid Tanah,” katanya.
Pendidikan mampu mengubah landskap negara
SPNB bina 258 unit RIR di Jasin
Beri pandangan, kritikan membina dalam memantapkan pemerkasaan belia
Pengedar dadah 'King' dicekup
Kerjasama tingkat pelancongan tempatan
Larangan bot pisang ditarik balik
Melaka rintis kempen keselamatan kanak-kanak
NRC 2014 pemangkin robotik tempatan
Guna media sosial secara berhemah
RM300,000 naik taraf Pasar Awam Rompin
Wanita perlu berani menjadi generasi kreatif
Bebas seminggu sebelum Deepavali
Pemeriksaan berkala jejantas
Beri lesen bukan 'lesen besar' lakukan kesalahan
18,916 calon duduki PT3 di NS
Suspek rempuh polis ada lapan rekod jenayah
Muzium Islam dibina di Pulau Besar
Penerima AKHP bantu pengguna hadapi kos sara hidup
Konsep homeroom tingkat kejayaan MRSM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












