saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 27/06/2010

Di sebalik Memoir Mustapha Hussein

PELBAGAI cerita yang dibawa oleh seseorang ahli politik mengenai kejadian masa lampau kadang-kala dianggap sebagai cerita dongeng manakala berbeza daripada cerita teman parti politik sendiri, apatah lagi ahli politik yang menyainginya. Maka dengan itu terserah kepada sejarawan untuk mempastikan yang mana satu benar.

Namun dialu-alukan dalam konteks sejarah adalah Memoir Mustapha Hussein: Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO (terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka) mengenai penubuhan parti politik Melayu pertama, Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938.

Presidennya ialah Ibrahim Yaakub dan Mustapha Hussein menjadi naib presiden. Pada peringkat akhir kedua-duanya berasingan perjuangan mereka.

Ibrahim menyandang jawatan Kolonel dalam masa pemerintahan tentera Jepun dan pindah ke Jakarta setelah Jepun menyerah kalah. Beliau menjadi warga Indonesia yang aktif dalam bidang politik dan perniagaan.

Kerjaya politik Mustapha pula tidak menentu haluannya dan demikian juga perjalanan hidup peribadinya. Tiga orang lagi yang bergiat dalam pergerakan Nasionalis ialah Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Muhammad Alias Pak Sako dan Ahmad Boestamam.

Dr. Burhanuddin dan Pak Sako kemudiannya menjadi pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dianggap sebagai anak KMM. Manakala Boestamam menubuhkan Angkatan Pemuda Insaf (API). Kedua organisasi diharamkan oleh pihak berkuasa penjajah British.

Berupa pendorong bagi KMM adalah serangan tentera Jepun mulai 8 Disember 1941 yang membawa kepada kejatuhan Singapura. Dicatat dalam buku Mustapha adalah kenyataan Major Fujiwara Iwaichi, ketua pasukan pengintip tentera Jepun.

Antara lain disebut betapa Mejar Fujiwara menerima laporan sulit dari konsul Jepun di Singapura mengenai satu gerakan anti-British anjuran (KMM) yang telah menjalin hubungan dengan konsul Jepun di Singapura, Ken Tsurumi.

Pada April 1941 Tsurumi mendapat izin dari Tokyo untuk menyerahkan wang sebanyak $18,000 kepada Ibrahim untuk membeli akhbar Warta Malaya kepunyaan Syed Hussein Ali Alsagoff. Dengan wang tambahan dari Tsurumi kemudiannya Ibrahim membeli sebuah motokar.

Mustapha bercerita mengenai satu kumpulan KMM yang bergerak dari Ipoh ke Tanjung Malim dan seterusnya ke Kuala Lumpur bersama pasukan tentera Jepun. Mereka berupa sayap kelima.

Beliau juga bercerita mengenai seorang askar Jepun masuk ke sebuah kedai Cina tempat ia pernah bekerja sebelum meletus perang dan mengambil bendera Jepun yang disembunyikannya di bawah lantai.

Bendera itu kemudian dikibar dari sebuah bangunan untuk menandakan bahawa tentera Jepun telah menawan ibu kota Malaya.

Semasa di Kuala Lumpur dari 14 hingga 17 Januari 1942, Mustapha mengambil kesempatan untuk menyerahkan kepada pegawai-pegawai tentera Jepun lirik sebuah lagu KMM. Bahagian akhir berbunyi demikian:

Askar Jepun sudah tiba

Mari kita bantu ia

Askar Jepun sudah tiba

Ia datang memerdekakan kita.

Para pegawai Jepun mulanya senyum gembira, tetapi manakala penterjemahan menjelaskan ertinya mereka berteriak “nai.”

Mereka terkejut manakala Mustapha memberitahu KMM bererti Kesatuan Melayu Merdeka. Kerana tidak terfikir oleh mereka bahawa orang Melayu juga mahu merdeka.

Menurut Mustapha ia pernah ditegur oleh Ibrahim pada satu ketika lain kerana keberanian membabi buta. Mustapha kemudian mengaku dirinya kurang berpengalaman. Pemerintahan tentera Jepun tamat Ogos 1945 dan Ibrahim meminta kapal terbang tentera Jepun membawanya ke Jakarta.

Ibrahim menukar namanya kepada Iskandar Kamel dan menjadi pengurus Gerakan Kemerdekaan Malaya. Terbit bagi pihak KMM di Jakarta - nombor 4 Jalan Kebahagian, ialah pejabatnya.

Mustapa menganggap sebagai tidak munasabah dakwaan Ibrahim bahawa ia telah menjalin hubungan anti-Jepun dengan Subhas Chandra Bose, Ketua Tentera Kebangsaan India yang didirikan oleh pemerintahan Jepun untuk menyerang Burma (kini Myanmar). Dakwaan tersebut dinafikan kemudiannya oleh seorang pegawai kanan Chandra Bose.

Seperti disebut oleh akhbar bahasa Inggeris politicians write fairy tales, too. Ia berlaku di pelbagai negara juga dan melibatkan pelbagai kaum. Dan dewasa ini ada pula pihak membuat kenyataan tidak tepat dan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Seperti kata orang Melayu mereka sendiri “cakap tak serupa bikin.”

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.