saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 27/06/2010

Jambatan Johor: Serah kepada kerajaan - Abdullah

27/06/2010 6:11pm

KEPALA BATAS 27 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, isu pembinaan jambatan Johor harus diserahkan kepada kerajaan pusat untuk tindakan seterusnya.

Ini kerana kata beliau, kerajaan lebih tahu mengenai apa yang harus dilakukan memandangkan ianya projek yang besar.

"Serah kepada kerajaan untuk kaji. Ini projek besar dan kerajaan sendiri tahu apa nak buat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Puteri Umno Kepala Batas, di sini hari ini.

Abdullah yang juga Ketua Umno Bahagian itu diminta mengulas titah Sultan Johor Sultan Ibrahim semalam yang meminta kerajaan pusat mempertimbangkan semula pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor.

Antara lain, baginda bertitah pembinaan jambatan baru itu akan menyelesaikan banyak masalah termasuk masalah pencemaran laut yang terpaksa ditanggung rakyat Johor, khususnya di Johor Baharu. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.