saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/06/2010

Aizdean diminati remaja Jepun

KUALA LUMPUR 28 Jun - Dendangan lagu seorang penyanyi kelahiran Malaysia berjaya menambat hati peminat seni suara di Jepun menerusi album sulungnya, I Need You Baby. Muhammad Aizuddin Anwar atau lebih popular dengan nama "Aizdean", menarik 30,000 muat turun ke telefon bimbit dalam kalangan anak muda di Negara Matahari Terbit itu.

Album sulungnya yang didatangkan dalam versi Jepun dan Inggeris turut diedarkan di Amerika Syarikat serta Eropah selain menerusi iTunes.

Kini penyanyi kelahiran Selayang berusia 27 tahun itu bakal tampil dengan album single terbaru hanya dalam versi bahasa Jepun, Show Me The Glory, bulan depan.

Album ini adalah lagu imej bagi satu permainan Jepun yang dikenali sebagai Far East of Eden.

Aizdean memberitahu Bernama dalam wawancara menerusi e-mel bahawa beliau berhasrat mempromosikan muzik Jepun di Malaysia, selain mempromosikan muzik Malaysia di Jepun.

Pemegang ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Elektronik dari University of Electro-Communications, Tokyo, akan pulang ke tanah air hari ini untuk bercuti sehingga 10 Julai.

"Impian saya ialah untuk menjadi seorang yang boleh merapatkan lagi hubungan antara Malaysia dan Jepun dengan memberi kegembiraan serta pilihan kepada masyarakat di sana," kata Aizdean yang pernah menyertai kumpulan nasyid ketika bersekolah.

Aizdean mula belajar menyanyi dalam bahasa Jepun sejak Januari tahun lepas.

Beliau ditaja oleh Tourism Malaysia, Japan Malaysia Association (JMA), Van Council dan Dragon Beard di Jepun. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.