saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/06/2010

Berlari 10km sokong EM1M

KUALA LUMPUR 29 Jun - Sanggup berlari 10 kilometer selepas 16 tahun tidak berbuat demikian.

Itu yang dilakukan Pengarah Urusan Perfect Know How Sdn. Bhd., Amirul Mohamad bagi membantu usaha pengumpulan dana menubuhkan perpustakaan di rumah anak yatim oleh Islamic Relief Malaysia (IRM).

Amirul berkata, segalanya bermula apabila beliau menghubungi beberapa rakan lama memaklumkan tentang misi pengumpulan dana berkenaan yang sedang dipromosikan oleh pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M).

Katanya, kesemua mereka menyatakan persetujuan untuk menyumbang namun mensyaratkan beliau supaya menyertai satu acara larian sejauh 10 kilometer pada 2 Mei lalu.

"Pada mulanya saya agak keberatan memandangkan sudah 16 tahun tidak melakukan aktiviti larian tapi apabila mengenangkan ia untuk kebajikan anak yatim, saya gagahkan diri.

"Alhamdulillah saya 'lulus' ujian itu walaupun termengah-mengah. Hasilnya saya berjaya mengumpul RM2,050 dan pada masa yang sama badan juga makin cergas," katanya selepas menyerahkan sumbangan terkumpul itu kepada Ketua EM1M, Kapten Azizi Hashim di sini, hari ini.

EM1M yang disertai empat penunggang motosikal berkuasa besar akan melakukan penjelajahan merentasi 18 negara membabitkan jarak perjalanan sejauh 22,000 kilometer bermula 1 Julai ini.

Sementara itu, Amirul yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Antarabangsa Untuk Industri Kecil dan Sederhana di Universiti Malaya (UM) berkata, beliau akan menyertai satu lagi acara larian sejauh 11 kilometer di Mutiara Damansara pada Julai ini bagi mengumpul sumbangan untuk dana amal lain.

"Kawan-kawan yang sama sekali lagi meletakkan syarat saya perlu berlari terlebih dahulu untuk mendapatkan sumbangan. Insya-Allah saya akan sambut cabaran mereka," katanya.

Untuk menyumbang secara online, layari www.irm.org.my dan sebarang maklumat lanjut mengenai kutipan dana penubuhan perpustakaan di rumah anak yatim boleh diperoleh dengan menghubungi Iskandar Shah Ismail di 019-2665157/03-89486334.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.