saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 30/06/2010

Anak ugut bunuh diri jika lapor polis

KUANTAN 29 Jun - "Kalau abah buat report (laporan polis), kakak nak bunuh diri... Tapi abah dah buat report kan? Tarik semula report tu".

Demikian ugutan yang dikirim seorang remaja perempuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bapanya selepas menghilangkan diri dipercayai mengikut kekasihnya, di Taman Tas di sini.

Menurut bapa remaja terbabit, Rosli Raslan, 46, anak gadisnya keluar dari rumah pada 21 Jun lalu untuk ke sekolah tetapi tidak pulang dan terus menghilangkan diri sehingga kini.

Kehilangan Rosmida, 15, menyebabkan dia dan isterinya, Zuraini Saad, 39, tidak keruan dan sukar tidur lena setiap malam.

"Saya cuba menghubungi Rosmida, namun panggilan saya tidak dijawab. Saya juga berjumpa rakan-rakannya dan diberitahu Rosmida berkawan dengan seorang lelaki bernama Man berusia 28 tahun," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Rosli, dia mengesyaki anaknya melarikan diri bersama 'Man' selepas dipercayai berkenalan dengan lelaki itu kira-kira dua bulan lalu.

"Saya tidak boleh membuat andaian terburu-buru, maka sebab itulah saya mengambil keputusan berjumpa rakannya terlebih dahulu," katanya.

Rosli memberitahu, dia dan isterinya tidak mempunyai masalah dengan anak sulungnya itu malah setiap keinginan anaknya sentiasa dipenuhi.

"Dia juga tidak lagi menunjukkan minat untuk belajar sedangkan dia merupakan antara pelajar cemerlang di sekolahnya sebelum ini," katanya.

Menurut Zuraina, dia tidak mengetahui motif Rosmida melarikan diri dan bertambah bimbang apabila anaknya itu memaklumkan supaya tidak perlu mencarinya.

"Terbaru, kami ada menghubunginya dan dia memaklumkan berada di Kelantan serta berada dalam keadaan baik tetapi selepas itu dia terus mematikan telefon bimbitnya dan ini membuat kami bertambah risau," jelasnya.

Berikutan bimbang dengan keselamatan anaknya, dia dan suami membuat laporan kehilangan Rosmida di Balai Polis Jaya Gading di sini pada hari yang sama anaknya keluar dari rumah.

Sehubungan itu, Zuraini merayu kepada orang ramai sekiranya mempunyai maklumat tentang anaknya supaya menghubunginya di talian 014-5318269.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.