saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/07/2010

Mitos Melayu tarikan Magika


KUMPULAN KRU bersama pelakon filem Magika dan wakil Celcom pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.


DUA tahun bukanlah satu tempoh masa yang singkat bagi tiga beradik berjiwa berani yang merupakan anggota kumpulan KRU, menerusi syarikat mereka KRU Studios dalam menerbitkan filem fantasi muzikal, Magika yang merupakan filem kelima yang diterbitkan oleh mereka.

Apa yang ingin disasarkan oleh Norman, Yusry dan Edry dalam filem yang menelan kos penerbitan melebihi RM2 juta itu, selain membawa peralihan besar satu lagi bentuk produk filem yang boleh dikomersialkan ialah menghidangkan hiburan yang sebelum ini boleh dikatakan belum pernah dihasilkan di negara ini.

Selain mempertaruhkan kekuatan jalan cerita yang sarat dengan unsur magis, menariknya Magika cukup kuat dengan jiwa masyarakat Melayu apabila karakter-karakter mitos yang cukup popular di kalangan mereka diwujudkan.

Ini termasuklah karakter Puteri Bunian, Badang, Pak Pandir dan Mak Andir, Nenek Kebayan, Mahsuri serta Puteri Gunung Ledang yang dibarisi pelakon popular seperti Maya Karin, Aznil Nawawi, Raja Azura, Ning Baizura dan Mawi.

Selain pelakon utamanya, Diana Danielle dan Fimie Don, pelakon lain yang turut menjayakan filem tersebut ialah Ziana Zain, Sharifah Amani dan Sharifah Aleeya, Vanidah Imran, Nabil, Norman Hakim, Saiful Apek dan kumpulan Senario.

Memulakan pengambaran pada Februari 2008, filem yang siap sepenuhnya proses pengambaran pada Januari lalu itu dijangka mula menjengah pawagam tempatan pada 23 September ini.

Berbanding lima filem yang pernah dihasilkan oleh KRU sebelum ini jelas pengarahnya, Edry Abdul Halim pada sidang akhbar yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini, Magika satu-satunya filem terbitan mereka setakat ini yang mengambil masa pembikinan agak lama.

Daripada proses pembikinan skrip, penghasilan muzik latar, lirik lagu dan rakaman lagu-lagunya, pengambaran serta proses penyuntingan semuanya menuntut masa yang bukan sedikit daripada krew filem tersebut.

Usaha mereka dikatakan berbaloi apabila rata-rata yang hadir ke tayangan amal filem itu yang berlangsung di Cathay Cineleisure, Damansara tidak lama dulu memberikan maklum balas positif terhadap filem tersebut.

“Menghasilkan Magika ibarat menulis sebuah novel yang panjang. Secara peribadi Magika menjadi satu tanda aras bagi diri saya dalam menghasilkan filem sebegini malah, apa yang membangga filem seperti ini belum pernah dihasilkan oleh mana-mana produksi tempatan.

“Bercakap tentang muzikal, ada filem-filem yang memang banyak terkandung lagu-lagu didalamnya. Filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee misalnya sama ada bergenre lucu mahupun serius banyak diselitkan dengan lagu-lagu.

“Namun, apa yang membezakan Magika dengan filem-filem lain ialah lagu-lagu itu sendiri merupakan skrip untuk menghubungkan sesebuah jalan cerita dengan jalan cerita yang lainnya dalam filem ini,” kata Edry.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.