saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 02/07/2010

Tuanku Mizan terima watikah pelantikan tiga perwakilan asing


Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menerima menghadap perpisahan Duta Besar Republik Korea Utara ke Malaysia, Pak Ryong Yon (kiri) di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 1 Julai - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menerima watikah pelantikan daripada seorang Duta Besar dan dua Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia di Istana Negara di sini.

Mereka terdiri daripada Duta Kazakhstan iaitu Beibut Atamkulov; Pesuruhjaya Tinggi Fiji; Suliasi Lutubala dan Pesuruhjaya Tinggi Australia, Miles Kupa.

Atamkulov, 46, memulakan kerjaya diplomatnya pada tahun 2006 dan pernah bertugas sebagai Menteri Kounselor Kazakhstan di Rusia dan Iran serta Konsul Jeneral di Frankfurt, Jerman selama setahun bermula dari Februari 2008.

Lutubula pula yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan di Fiji memulakan kerjaya diplomatnya pada Oktober 2008 sebagai Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Fiji selama setahun ke Malaysia, sebelum berpindah ke Indonesia, Filipina dan Thailand.

Kupa, 54, warga Australia kelahiran Czechoslovakia, berkelulusan University of Melbourne, berpengalaman luas dalam karier diplomatiknya termasuk pernah bertugas di Mesir dan Perancis pada awal kariernya.

Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan di Kementerian Hubungan Asing dan Perdagangan Australia termasuk sebagai Ketua Jabatan dari 1991 hingga 1993 dan Pembantu Setiausaha Pertama bagi Bahagian Asia Tenggara dari tahun 1993 hingga 1995.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menerima menghadap perpisahan empat perwakilan asing ke Malaysia yang akan menamatkan perkhidmatan masing-masing hujung bulan ini. Mereka terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom, William Boyd McCleary, 61, Pesuruhjaya Tinggi Kenya, David Gachoki Njoka, 57,Duta Korea Utara, Pak Ryong Yon, 50, dan Duta Ireland, Eugene Hutchinson, 50. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.