saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/07/2010

Penerbangan khas Nanjing-Melaka guna LTAM

MELAKA 2 Julai - Melaka mempelawa syarikat penerbangan di Nanjing untuk mengadakan penerbangan sewa khas antara Nanjing-Melaka menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) pada masa depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, penerbangan itu boleh dilakukan sebulan sekali atau seminggu sekali kerana terdapat kira-kira 400,000 rakyat dari China kerap berkunjung ke Melaka setiap tahun.

Menurutnya, setakat ini, hanya ada penerbangan terus dari Singapura ke Nanjing tetapi tidak ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke tempat itu.

''Oleh kerana Melaka mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang baru dan boleh menampung pesawat yang lebih besar, ada baiknya syarikat penerbangan yang beroperasi di Nanjing mengadakan penerbangan sewa khas sekurang-kurangnya sebulan sekali atau seminggu sekali dari Nanjing ke Melaka," katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Datuk Bandar Nanjing, Ji Jianye di Dewan Tulip, Pusat Persidangan Antarabangsa Nanjing, semalam.

Ketua Menteri mengetuai delegasi kerajaan negeri mengadakan lawatan kerja selama empat hari ke Nanjing tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong awal pagi kelmarin.

Nanjing adalah antara bandar berkembar dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang dimeterai pada 2002.

Sehubungan itu juga, Mohd. Ali turut mempelawa Datuk Bandar Nanjing untuk menghadiri sambutan ulang tahun Melaka Bandaraya Warisan Dunia pada ada 7 Julai ini.

Selepas mengadakan pertemuan itu, beliau turut membuat lawatan ke Nanjing Dragon Treasure Boat Development Co Limited untuk melihat pembinaan replika kapal Laksamana Cheng Ho.

Kapal berharga RM46 juta yang akan mengelilingi dunia dan akan singgah ke Melaka dijangka dapat disiapkan pada Oktober tahun depan.

Di samping itu juga, Mohd. Ali turut mempelawa pelabur yang berminat untuk membiayai pembinaan replika kapal Laksamana Cheng Ho yang akan ditempatkan di Taman Tema Klebang.

Beliau berkata, setakat ini memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani bagi pembinaan kapal berkenaan tetapi masih memerlukan pelabur untuk membiayai kos pembinaannya yang bernilai RM18 juta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.