saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 03/07/2010

SPRM ambil tindakan betul tak ke London - Megat Najmuddin

03/07/2010 12:32pm

KUALA LUMPUR 3 Julai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat keputusan yang betul apabila membatalkan rancangan pergi ke London untuk merekodkan keterangan penyiasat persendirian P. Balasubramaniam, kata Anggota Jawatankuasa Penasihat SPRM, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

Beliau berkata, Balasubramaniam sepatutnya pulang dan memberikan keterangan secara sukarela kepada pihak berkuasa berhubung pembunuhan model wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Saya berasa sedih. Perkara ini telah bertukar menjadi permainan politik.

"Sangat tidak munasabah untuk ke sana. Proses ini akan melibatkan kos yang tinggi dan ini membazirkan wang pembayar cukai, kata beliau hari ini bagi mengulas kenyataan SPRM yang pada Rabu membatalkan rancangan untuk menemui penyiasat persendirian itu di London.

"Memanglah, kita tidak boleh memaksa beliau balik ke sini tetapi lebih baik dia balik dan memberikan keterangannya secara sukarela. Jangan bermain-main lagi, katanya.

Megat Najmuddin, yang juga Presiden Institut Tadbir Urus Korporat, yakin kerajaan akan memberikan perlindungan sewajarnya kepada Balasubramaniam. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.