saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 05/07/2010

Menyelesaikan kekalutan dunia

TIMUR dan Barat, walaupun secara geografinya, dunia yang bulat ini tidak membenarkan logik untuk mempunyai kawasan timur mahupun barat. Ini berbeza dengan Utara dan Selatan kerana adanya kutub-kutub yang berlainan.

Namun begitu, secara politiknya, Timur dan Barat disempadankan dengan sosio-politik yang diwarnai dengan kepelbagaian budaya dan fahaman. Malah kepelbagaian pegangan agama juga dapat membezakan antara Timur dan Barat.

Kepelbagaian inilah yang menyebabkan ada ketikanya Timur dan Barat bertelagah dalam sesuatu isu. Sekiranya ia tidak dapat diselesaikan, perkara terburuk yang akan berlaku adalah peperangan.

Dialog merupakan antara usaha yang terbaik dalam mengatasi permasalahan dunia. Seperti yang ditulis oleh Ricardo Diez-Hochleitner: "daripada kita terlibat dalam pertembungan peradaban, adalah lebih bermakna jika kita memberikan tumpuan kepada berdialog dan bekerjasama, terutama pada ketika dunia sedang mengalami ketidakpastian dan kebimbangan yang semakin menjadi-jadi."

Kata-kata Diez-Hochleitner ini adalah antara prakata beliau untuk buku terjemahan Nazel Hashim Mohamad yang ketiga dari siri dialog Daisaku Ikeda. Buku bertajuk Dialog Timur-Barat: Melihat kepada Revolusi Manusia ini adalah hasil dialog antara Ricardo Diez-Hochleitner, mantan Presiden Kelab Rom dengan Daisaku Ikeda, Presiden Soka Gakkai International dan penerima Hadiah Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Buku ini diterbitkan di dalam Bahasa Melayu oleh Gapena.

Menariknya buku ini, dialog antara kedua-dua tokoh itu adalah hasil berterusan mereka yang bukan sekadar untuk duduk berhadapan, malah diteruskan menerusi surat-surat yang dihantar-terima lantas dikumpul untuk menjadi satu dialog yang serius.

Buku ini terbahagi kepada 12 bab yang membicarakan tentang dua isu utama, keselamatan dan kelestarian. Ia penting dalam usaha untuk menyelesaikan kekalutan dunia dalam soal keselamatan dan kelestarian. Kedua-dua kata kunci itu telah menjadi satu gelombang baru dalam ketamadunan manusia.

Keselamatan, seperti yang pernah dialami sendiri oleh kedua-dua rakan dialog ini, menjadi satu sejarah hitam kepada peradaban dunia apabila dua peperangan dunia berlaku. Kemungkinan untuk berlaku peperangan dunia ketiga dan seterusnya tetap ada apabila manusia tidak dapat duduk semeja untuk mencari jalan penyelesaian.

Kelestarian pula menjadi kata kunci terbaru dalam peradaban manusia. Kekalutan manusia untuk mencapai tahap kehidupan yang lebih baik (daripada peradaban sebelumnya) telah banyak menghasilkan keburukan kepada dunia yang semakin tua usianya ini.

Diez-Hochleitner, sebagai seorang ilmuwan dan mantan Presiden Kelab Rom telah lama memikirkan tentang isu-isu kelestarian sebelum wujudnya perkataan lestari. Kelab Rom yang ketika itu dipimpin oleh guru Diez-Hochleitner, Dr. Peccei telah mengusulkan istilah 'pertumbuhan lestari'.

"Kami berpendapat jika pertumbuhan ekonomi berterusan atas landasan yang sedang ia lalui selama ini, alam sekitar yang sedang dihuni manusia kini akan musnah dan kelangsungan hidup manusia itu sendiri akan menjadi suatu kemustahilan".

Juga disentuh khas dalam salah satu bab buku ini berkaitan dengan Dunia Tripolar: Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Asia.

Oleh kerana ketiga-tiga kawasan itu berlainan budaya dan fahaman, maka isu-isu keselamatan dan pembangunan kelestarian perlu menjadi isu utama dalam sesebuah dialog peradaban.

Menurut kedua-dua rakan dialog ini, AS sebagai sebuah negara besar, mahu tidak mahu perlu mendukung tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan pembangunan lestari sentiasa pada landasan yang betul.

Menurut Diez-Hochleitner lagi: "Masa hadapan AS adalah perkara paling penting kepada seluruh manusia. Ini kerana nilai-nilai demokrasinya, kemajuan kebendaannya yang amat mengagumkan, dan pengaruh antarabangsanya yang ketara dan besar. Bagaimanapun, malangnya sebagai kuasa besar tunggal semasa, dengan sikap hegemoni satu pihak dan kepimpinan yang terburu-buru, AS telah melakukan kesilapan yang besar dan amat dikesali, sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa".

Buku ini amat sesuai dibaca oleh pelbagai lapisan pembaca yang ingin mengetahui bagaimana manusia menggunakan akal dan budi bicara menerusi dialog dalam menyelesaikan permasalahan dunia. Dan sememangnya, ilmulah yang mendasari usaha-usaha ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.