saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 05/07/2010

MCA arah semua bahagiannya terlibat dalam media baru

05/07/2010 3:42pm

SEREMBAN 5 Julai - MCA telah mengarahkan semua bahagiannya agar melantik tiga hingga lima orang terlibat dalam media baru dalam menangani banyak berita dan khabar angin yang tidak berasas yang disebar luas oleh parti pembangkang, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Ini adalah supaya kita dapat memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang yang mana banyak berita dan khabar angin yang tidak berasas yang disebar luas oleh parti pembangkang.

“Jika ini tidak ditangani, lama kelamaan orang akan percaya dan ia akan menjadi satu kebenaran,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tung Hua di S2 Heights di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam supaya Barisan Nasional (BN) dan semua parti komponennya kini perlu bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tanpa dolak-dalik lagi.

Soi Lek berkata, beliau bersetuju dengan saranan Hishammuddin itu bahawa BN seharusnya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum.

Katanya, langkah meningkatkan usaha dari segi publisiti melalui media baru itu merupakan sebahagian daripada usaha MCA menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.