saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 06/07/2010

Switzerland mahu tingkatkan dagangan

ZURICH 5 Julai - Switzerland berminat mengembangkan hubungan ekonomi dan dagangan dengan ASEAN kerana berpendapat ia adalah pasaran kolektif terbesar selepas China dan India.

Keadaan itu baik bagi pelbagai produk Switzerland dari peralatan sangat tepat, jentera dan jam tangan hingga kepada coklat dan keju.

Di sekitar Zurich, yang menempatkan banyak syarikat perindustrian yang berurusan dengan Asia, timbulkan keterujaan mengenai lawatan negara Presiden Persekutuan Switzerland Doris Leuthard ke Indonesia (6 hingga 8 Julai) dan pada 9 Julai ke Singapura.

Lawatan itu disifatkan penting bukan setakat protokol, kerana Leuthard akan turut diiringi delegasi ekonomi berprofil tinggi dan dilihat mempunyai signifikan kerana ia dijangka mempercepatkan langkah aliran perdagangan dan pelaburan dua hala.

Para pengeluar Switzerland bersedia untuk melabur di rantau ASEAN, dengan menggunakan strategi beroperasi dari dalam pasaran berbanding dengan hanya pengeluaran di Switzerland dan mengeksport ke rantau ASEAN.

Pendekatan itu akan turut memanfaatkan Malaysia jika pejabat Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di seberang laut melakukan pendekatan yang betul menemui syarikat Switzerland yang kemungkinan mencari projek yang sesuai di rantau ini.

Taman Perindustrian Berteknologi Tinggi Kulim Malaysia boleh menjadi penarik bagi mewujudkan operasi bagi syarikat Switzerland.

Kehadiran syarikat Jerman di taman itu boleh digunakan sebagai faktor yang menarik daya tarikannya yang termasuk manfaat cukai, kewujudan bahan mentah dan pekerja berpengalaman serta akses ke pasaran di rantau ASEAN.

Leuthard akan ke Indonesia kerana saiznya dan usahanya yang semakin meningkat untuk menjadi pusat ASEAN di beberapa negara Barat. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.