saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 06/07/2010

Perhimpunan terakhir Samy Vellu?

Perhimpunan Agung MIC yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini mungkin akan menjadi perhimpunan terakhir bagi Presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Ini kerana, beliau yang menjadi nakhoda parti itu sejak 1979 , sudah mula menerima banyak tekanan dan kritikan dari pihak kerajaan serta ahli-ahli MIC sendiri.

Selain itu, dalam sejarah Malaysia, ini merupakan kali pertama sebuah pergerakan ditubuhkan untuk menentang orang perseorangan dengan menamakannya sebagai Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).

Maka, sudah tiba masanya untuk Samy Vellu bagi meletakkan 'titik noktah' supaya memberi peluang kepada timbalannya atau calon yang lebih layak memegang kerusi presiden parti tersebut.

Samy Vellu juga ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin berkata, ini merupakan kali terakhir beliau bersama ahli-ahli MIC itu.

Menurut sumber dalaman MIC dan juga penyokong Samy Vellu, kenyataan itu adalah satu isyarat yang jelas iaitu Presiden MIC sedia berundur daripada jawatan itu.

''Tetapi kami tidak tahu bilakah perkara itu akan berlaku. Ini kerana beliau tidak mahu berbincang mengenai pelan perletakan jawatannya dengan ahli-ahli MIC termasuk dengan Majlis Tertinggi parti ini.

''Beliau mempunyai agenda tersendiri dalam hal ini, dan kami sudah pasti pelan peletakan jawatannya mungkin akan diawalkan demi mementingkan pendapat masyarakat di negara ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Tambahnya lagi, kewujudan GAS tidak memberi sebarang impak kepada beliau, ini kerana beliau adalah seorang yang kuat dan mampu menghadapi apa-apa cabaran.

''Beliau mempunyai kekuatan tersendiri yang patut dicontohi oleh semua pemimpin di parti-parti komponen Barisan Nasional (BN). Beliau penuh berkarisma dan mempunyai gaya kepimpinan tersendiri.

''Sebab itu beliau mempunyai 'hard core supporters' di seluruh negara. Ada beberapa penyokong MIC yang lebih tua daripadanya sanggup sujud kaki beliau. Ini bukan perkara biasa,'' ujarnya.

Pada April lalu, Samy Vellu telah mengumumkan pelan peralihan kuasanya yang akan diadakan pada akhir tahun depan.

Beberapa ahli MIC yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu menunjukkan rasa kecewa mereka secara terbuka sehingga mewujudkan pergerakan GAS.

Dalam hal ini, beberapa pemimpin MIC yang tidak sehaluan dengan Samy Vellu pula berkata, motif utama Samy Vellu pada masa kini adalah membawa anaknya, S. Vell Paari ke dalam Majlis Tertinggi parti.

''Majlis Tertinggi yang saya maksudkan adalah Timbalan Presiden parti dan sekurang-kurangnya Naib Presiden parti. Beliau mahu anaknya menjadi 'next President'. Inilah tujuan utama beliau dan bagi menjayakan tujuan itu beliau memerlukan sedikit masa lagi,'' jelasnya.

Kata beliau, 95 peratus masyarakat India di negara ini mahukan perubahan dalam pucuk pimpinan MIC, jika ia dilakukan dalam masa terdekat ini sudah pasti kesemua sokongan masyarakat India di negara ini akan berpihak kepada BN.

Sejak Samy Vellu menyandang jawatan Presidennya selama 31 tahun lalu, kepimpinan negara telah pun menyaksikan perubahan selama tiga kali sehingga membolehkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu bekas Perdana Menteri negara untuk merasmikan AGM MIC sebelum ini.

Kali ini, Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-64 ini.

Tetapi apa yang menjadi tanda soalnya adalah, pemimpin parti itu masih orang yang sama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.