saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/07/2010

Saiful terima ratusan ucapan hari lahir

KUALA LUMPUR 6 Julai - Bekas pembantu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang berusia genap 25 tahun hari ini, menerima lebih 300 ucapan hari lahir daripada rakan-rakan Facebooknya.

Sehingga pukul 10 malam ini sahaja, 301 orang daripada 4,827 rakan Facebook Mohd. Saiful meninggalkan kata-kata dan ucapan selamat di dinding laman sosial peribadinya itu.

Ucapan paling awal diterimanya adalah pada pukul 4.50 petang, Sabtu lalu.

Selain ucapan-ucapan selamat, rakan-rakan Facebook beliau turut menghantar video klip lagu-lagu hari lahir serta bunga-bunga, kad dan kek maya.

Kebanyakan rakan Facebook beliau rata-rata mendoakan kesejahteraan dan kejayaannya serta berharap agar dia terus tabah mengharungi dugaan hidup.

Mohd. Saiful yang dilahirkan pada 6 Julai 1985 bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat dan kekuatan yang diberikan untuk menempuhi hari-hari mendatang.

"Saya bakal berusia 25 tahun secara rasminya pada pukul 10.30 malam ini. Syukur kepada Allah," katanya.

"Terima kasih juga kepada rakan-rakan di atas doa dan ucapan. Saya amat menghargainya. Selamat malam," katanya dalam status terbarunya dalam Facebook malam tadi.

Antara ucapan menarik yang dihantar adalah:

"Selamat hari jadi. Harap semangat saudara sentiasa kuat melawan kebatilan. Kami akan menyokong perjuangan mulia anda."

"Saya doakan semoga Mohd. Saiful menang dalam kes terbabit. Semoga panjang umur dan dipercepatkan jodoh. Amin."

"Selamat hari jadi. Semoga terus diberkati Allah dan saya berharap kebenaran dapat didedahkan."

"Selamat hari jadi Mohd. Saiful. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga sentiasa di dalam peliharaan Allah dan tabah mengharungi dugaan hidup. Amin."

Mohd. Saiful merupakan saksi utama perbicaraan kes liwat Anwar.

Anwar didakwa meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.