saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 07/07/2010

Kerja komuniti untuk pesalah ringan mulai bulan depan

07/07/2010 6:46pm

KAJANG 7 Julai Mulai bulan depan, pesalah yang dikenakan hukuman penjara kurang daripada tiga bulan akan dibenarkan melaksanakan hukuman alternatif dengan melakukan kerja komuniti harian di samping boleh terus menanggung keluarga mereka seperti biasa.

Kategori pesalah itu akan menjalani kerja amal tersebut selama empat jam sehari di 55 Pusat Kehadiran Wajib (PKW) yang dikendalikan oleh Jabatan Penjara sepanjang tempoh hukuman mereka, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.

"Dengan adanya program ini, pesalah tak perlu lagi jalani hukuman di dalam penjara, sebaliknya mereka perlu buat kerja amal contohnya membersihkan rumah orang-orang tua dan kanak-kanak spastik di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dikawal oleh pegawai seliaan pusat itu, katanya kepada pemberita di Maktab Penjara Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain mengurangkan kesesakan dalam penjara, program itu dilihat dapat mengurangkan kos kerajaan dalam menanggung pesalah-pesalah sekiranya ditempatkan dalam penjara.

Katanya, pelaksanaan program tersebut bermula apabila mahkamah menjatuhi hukuman untuk hadir ke pusat itu sebagai alternatif hukuman penjara menggunakan Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954.

Abu Seman berkata, program itu kini dalam semakan terakhir bagi perwartaan PKW oleh Kementerian Dalam Negeri, manakala Perintah Kehadiran Wajib telah diluluskan pihak Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.