saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 09/07/2010

SC umum ahli Majlis Penasihat Syariah

KUALA LUMPUR 8 Julai — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan 11 anggota baharu Majlis Penasihat Syariahnya (MPS).

SC dalam kenyataannya di sini berkata, majlis itu, sebuah badan berkuasa pusat bertanggungjawab menentukan prinsip Syariah dalam pasaran modal di Malaysia.

"Pelantikan 11 anggota MPS ini telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong berikutan pindaan terkini kepada Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) yang berkuatkuasa pada 1 April 2010", katanya.

Kesebelasan anggota MPS itu ialah: Tun Abdul Hamid Mohamad (mantan Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan); Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman (Penasihat Perundangan Syariah, Pejabat Peguam Negara); Datuk Md Hashim Yahaya (Felo Kehormat, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia); Datuk Dr. Abdul Halim Ismail (Pengarah Eksekutif, BIMB Securities Sdn. Bhd.); Dr Mohd Daud Bakar (Pengerusi, Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Amanie Business Solutions Sdn. Bhd.); Prof Madya Dr.Shamsiah Mohamad (Pensyarah, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya); Prof Mohammad Hashim Kamali (Pengerusi Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Lanjutan Malaysia); Prof Dr H. Fathurrahman Djamil (Naib Pengerusi Majlis Ulama Suruhanjaya Fatwa Indonesia); Penolong Prof Dr Aznan Hasan (Jabatan Undang-undang Islam, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIA Malaysia); Ahmad Suhaimi Yahya (Ketua Pegawai dan Ketua Wilayah Syariah, Kuwait Finance House (M) Bhd.); dan, Rafe Haneef (Pengarah Urusan, Global Markets, HSBC Amanah).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.