saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 09/07/2010

Bekas tukang masak Osama Laden mengaku bersalah

WASHINGTON 8 Julai - Bekas tukang masak Osama bin Laden hari ini mengaku bersalah dalam perbicaraan di mahkamah tentera Amerika Syarikat (AS) di Teluk Guantanamo kerana menyokong keganasan dan konspirasi.

Ia merupakan kes kesalahan pertama membabitkan militan di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama di mahkamah kontroversi itu.

Ibrahim Ahmed Mahmoud al-Qosi, 50, yang ditahan di Guantanamo sejak 2002 mengaku memberikan sokongan logistik kepada al-Qaeda, walaupun tahu kumpulan itu terlibat dengan keganasan, demikian menurut Pentagon dalam kenyataannya.

"Hukuman ke atasnya akan ditentukan pada Ogos ini," kata Mejar Tanya Bradsher dalam e-mel yang dihantar kepada AFP dari Teluk Guantanamo, Cuba.

Qosi yang berasal dari Sudan, mengaku bersalah dalam perjanjian rayuan, namun mungkin dihukum penjara seumur hidup jika didapati bersalah. Pendakwa raya dan peguam bela tidak mendedahkan butiran perjanjian itu termasuk had hukuman penjara.

Akuan bersumpah Qosi menyebut dia mengaku menyokong al-Qaeda sejak 1996 dan mengikuti Osama ke Afghanistan, di mana dia bekerja sebagai tukang masak di satu kawasan di Jalalabad selain bertindak sebagai ketua penyimpan kira-kira dan logistik.

Obama berjanji untuk menutup Guantanamo yang dibuka selepas serangan pengganas 11 September 2001 bagi menahan suspek keganasan, namun terpaksa menangguhkan rancangan itu kerana Kongres menentang cadangan membawa beberapa tahanan ke AS.

Qosi dibicarakan di bawah undang-undang yang dikaji semula pentadbiran Obama berhubung kritikan terhadap sistem suruhanjaya. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.