saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 10/07/2010

Penduduk Oakland merusuh


POLIS menangkap seorang perusuh yang memprotes keputusan mahkamah terhadap pegawai polis Johannes Mehserle di Oakland, California, kelmarin. Rusuhan serupa berlaku tahun lepas apabila rakaman video Mehserle menembak mati Oscar Grant tersiar. - REUTERS


OAKLAND 9 Julai - Rusuhan meletus di bandar raya di California ini malam tadi selepas seorang bekas anggota polis bantuan kulit putih didapati bersalah atas tuduhan membunuh 'tanpa niat' seorang lelaki kulit hitam yang tidak bersenjata dalam insiden yang dirakamkan dengan video.

Keputusan juri yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk itu mendorong kira-kira 1,000 orang melancarkan protes secara aman di sini semalam.

Namun protes itu bertukar ganas pada malam tadi apabila sebilangan orang bertindak menceroboh kedai dan melarikan barang, memecahkan cermin kereta, membaling mercun ke arah polis dan mencetuskan kebakaran di dalam tong sampah.

Beratus-ratus anggota polis cuba mengawal keadaan dan menangkap lebih 50 orang tetapi polis Oakland menjangka angka itu boleh meningkat sekali ganda.

"Bandar raya ini bukan kawasan liar yang tidak ada undang-undang. Pihak berkuasa bandar raya tidak akan bertolak-ansur terhadap kegiatan seperti ini," kata Ketua Polis Oakland, Anthony Batts.

Sebuah jemaah juri Los Angeles bersidang selama enam jam dalam tempoh dua hari sebelum mencapai keputusan mengenai insiden tembakan di platform kereta api di Oakland tahun lalu.

Mereka menyifatkannya sebagai satu kemalangan tragik dan bukan tindakan seorang anggota polis yang bertindak sewenang-wenangnya.

Defendan dalam perbicaraan yang mencetuskan sentimen perkauman itu, Johannes Mehserle, 28, mendakwa dia mahu menggunakan alat kejutan elektrik Taser tetapi sebaliknya mengacukan pistolnya dengan tidak sengaja lalu menembak mati Oscar Grant, 22, ketika cuba menahan lelaki itu dalam konfrontasi pada Tahun Baru 2009.

Namun, pendakwa raya yang meminta sabitan kesalahan atas tuduhan membunuh dengan sengaja, berkata, Mehserle 'naik angin' dan sengaja menembak Grant kerana dia menyangka Grant cuba melawan.

"Kami sangat marah kerana juri tidak mendapati defendan bersalah atas tuduhan membunuh dalam kes yang begitu jelas melibatkan penggunaan kekerasan melampau dan tidak dikendalikan dengan betul," kata Benjamin Todd Jealous, ketua Persatuan Kebangsaan bagi Kemajuan Orang Kulit Hitam (NAACP). - REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.