saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 10/07/2010

Julia Gillard dilontar telur

PERTH 9 Julai - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard telah dilontar dengan sebiji telur oleh seorang penunjuk perasaan ketika tiba di pejabat Badan Penyiaran Australia (ABC) di Perth pagi ini, namun telur itu tersasar.

Telur itu melepasi beliau ketika dia memasuki foyer ABC tetapi terkena seorang pengawal keselamatan wanita sebelum pecah ke dinding.

Gillard dilihat tidak berasa bimbang dengan insiden yang berlaku.

"Saya ada ternampak sesuatu melayang melepasi saya. Saya berjumpa dengan wanita yang terkena telur itu di bahagian belakang baju hujan yang dipakainya.

"Saya meminta maaf kepadanya kerana saya fikir telur itu tidak dilontar ke arahnya tetapi dia yang menjadi mangsa," kata Gillard kepada ABC Radio selepas insiden berkenaan.

Menurutnya, orang ramai mempunyai hak untuk tidak bersetuju dengannya tetapi membaling telur bukanlah jawapan.

"Saya tidak tahu kenapa ia berlaku. Saya juga tidak tahu kenapa mereka berasa kecewa, jadi jika ada sesiapa yang mahu mengatakan sesuatu kepada saya... saya lebih sukakan satu perbualan berterus-terang," ujar beliau lagi.

Seorang lelaki berusia 55 tahun yang melontar telur tersebut kini disoal siasat polis negeri dan persekutuan yang menjangkakan dia akan didakwa.

Sebelum ini Gillard pernah diganggu penunjuk perasaan pada satu sarapan pagi di sebuah hotel di sini.

Kumpulan itu membantah polisi kerajaan berhubung pencari perlindungan politik dan alam sekitar. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.