saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 11/07/2010

Lubuk Yu ditutup serta-merta


Kawasan perkelahan di Lubuk Yu, Maran ditutup kepada orang ramai selepas kejadian enam orang mati disyaki terkena jangkitan wabak bakteria meilioidosis dan leptospirosis semasa usaha menyelamat seorang pemuda yang lemas di lubuk itu pada 26 hingga 30 Jun lalu.


MARAN 10 Julai - Selepas enam maut dan 83 orang dijangkiti virus kencing tikus, sebuah pusat perkelahan terkenal, Hutan Lipur Lubuk Yu di sini diarahkan ditutup serta- merta bermula hari ini.

Kesemua mereka yang dijangkiti bakteria meilioidosis dan leptospirosis itu dipercayai terlibat dalam usaha menyelamat seorang pemuda yang lemas di lubuk berkenaan pada 26 hingga 30 Jun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada jumlah tersebut seramai 56 orang adalah daripada pasukan penyelamat manakala 27 orang adalah sukarelawan.

"Seramai 13 mangsa menunjukkan simptom dijangkiti kuman berkenaan sehingga menyebabkan berlakunya enam kematian.

"Justeru, pusat perkelahan itu hendaklah ditutup serta-merta bermula hari ini dan orang ramai dilarang mengunjunginya sehingga dibenarkan berbuat demikian," katanya kepada pemberita di pusat perkelahan tersebut di Kuala Sentol di sini hari ini.

Hadir sama Exco Kerajaan Pahang, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak, Ahli Parlimen Maran Datuk Ismail Abdul Muttalib, ADUN Kuala Sentol Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Rosnah Ismail.

Menurutnya, penyebaran bakteria itu disedari penduduk selepas enam kematian bermula 3 Julai dan terakhir pada Khamis lalu yang membabitkan penduduk tempatan yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 60 tahun.

"Penduduk mula bimbang apabila keenam-enam mangsa tersebut terlibat semasa membantu usaha mencari mangsa lemas di Lubuk Yu.

"Malah, ujian X-ray dan makmal menunjukkan lima kematian disebabkan bakteria meiliodosis dan satu kes kematian berpunca daripada kuman leptospirosis," jelasnya sambil memberitahu dua mangsa meninggal di rumah manakala empat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Tambahnya, orang awam yang berisiko tinggi terutama penghidap diabetes atau mengalami luka dinasihatkan agar tidak mengunjungi kawasan terbabit.

"Kawasan rekreasi yang berisiko seperti di Jengka, Jerantut dan Maran tidak perlu dikunjungi pada masa ini bagi mengelak jangkitan bakteria sama.

"Saya ingin jelaskan bahawa penularan penyakit ini bukannya berpunca daripada virus tetapi sejenis kuman daripada air kencing tikus dan kawasan tanah yang tercemar," jelasnya.

Menurutnya, penyebaran bakteria itu disedari penduduk selepas enam kematian bermula 3 Julai dan terakhir pada Khamis lalu yang membabitkan penduduk tempatan yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 60 tahun.

“Penduduk mula bimbang apabila keenam-enam mangsa tersebut terlibat semasa membantu usaha mencari mangsa lemas di Lubuk Yu.

“Malah, ujian X-ray dan makmal menunjukkan lima kematian disebabkan bakteria meiliodosis dan satu kes kematian berpunca daripada kuman leptospirosis,” jelasnya sambil memberitahu dua mangsa meninggal di rumah manakala empat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Tambahnya, orang awam yang berisiko tinggi terutama penghidap diabetes atau mengalami luka dinasihatkan agar tidak mengunjungi kawasan terbabit.

“Kawasan rekreasi yang berisiko seperti di Jengka, Jerantut dan Maran tidak perlu dikunjungi pada masa ini bagi mengelak jangkitan bakteria sama.

“Saya ingin jelaskan bahawa penularan penyakit ini bukannya berpunca daripada virus tetapi sejenis kuman daripada air kencing tikus dan kawasan tanah yang tercemar,” jelasnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.