saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 12/07/2010

Pemimpin jangan 'syok sendiri'

JOHOR BAHRU 11 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pemimpin UMNO supaya tidak bersikap 'syok sendiri' sebaliknya menyelami cita rasa dan kehendak rakyat jika ingin terus berkuasa.

Presiden UMNO itu berkata, sebagai pemimpin parti yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN), UMNO tidak harus hanya menjaga kepentingan dan memenuhi kehendak ahlinya sahaja sebaliknya menjaga aspirasi semua kaum.

"UMNO jangan syok sendiri. Misalnya kita sebagai ketua cawangan bukan saja jaga orang kita tetapi juga kena jaga orang luar, rakyat jelata. Kita kena tunaikan janji kita kepada rakyat.

"Saya ingatkan diri saya dan tuan-tuan, kita mesti selami dan rasa denyut nadi rakyat," katanya semasa merasmikan serentak Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pulai dan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, UMNO juga mesti berani melakukan perubahan supaya dapat memenuhi cita rasa dan kehendak rakyat agar terus kekal mendapat sokongan rakyat.

"UMNO jangan jadi seperti LDP (Parti Demokratik Liberal) di Jepun yang kalah kerana sikap pemimpin mereka yang berpuak-puak dan syok sendiri," katanya sambil menyifatkan parti itu ditolak rakyat kerana gagal menyelami cita rasa dan kehendak rakyat.

Dalam pada itu, Najib turut menasihati pemimpin UMNO supaya sentiasa bersatu padu dan tidak bergaduh sesama sendiri.

"Saya berharap pemimpin UMNO tidak berlaga kepala sesama sendiri. Kalau kita berlaga dan tidak bersatu padu, orang lain akan ambil kesempatan ke atas kita.

"Saya harap tidak ada lagi kisah-kisah yang sumbang. Macam sekarang, orang tengah demam bola sepak dan kalau hendak menang perlu bermain sebagai satu pasukan.

"Saya ingat Brazil boleh menang, tetapi pemain pertahanan dan penjaga gol berlaga sesama sendiri dan pasukan lain dapat skor gol. Begitu juga dalam politik, kalau kita tak bersatu padu, orang lain boleh skor gol dan ambil kesempatan," katanya.

Menurutnya, jika semua ahli UMNO menghayati moto perjuangan parti iaitu Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat beliau yakin UMNO akan terus mendapat sokongan rakyat dan kekal menerajui tampuk pemerintahan negara.

Najib berkata, UMNO bukan sahaja parti tunjang dalam BN, malah parti yang dapat memastikan kelangsungan bangsa Melayu.

"UMNO tak ada gantinya. Tidak ada parti alternatif kepada UMNO. Kita tidak boleh harap kepada parti lain. UMNO akan sentiasa bekerjasama dalam parti komponen BN," katanya.

Perdana Menteri berkata, seiring dengan perubahan global, UMNO dan BN juga harus berubah dan perlu memenuhi cita rasa dan kehendak serta aspirasi rakyat.

"Kita mesti berubah. Saya yakin parti kita masih dapat sokongan rakyat. Kita masih boleh menang lagi seperti juga di Johor," katanya.

Beliau turut menegaskan supaya ahli dan pemimpin UMNO dan BN Johor terus mempertahankan negeri ini daripada dirampas oleh parti pembangkang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:45



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.