saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 12/07/2010

Lembah Bujang tamadun awal Asia Tenggara

TANGGAL 6 Julai 2010 merupakan tarikh penting dan cukup signifikan kepada penemuan kompleks tamadun seawal abad pertama Masihi yang berasaskan industri besi di tapak Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah Darul Aman.

Pada tanggal itulah berlangsungnya Persidangan Antarabangsa Lembah Bujang dan Ketamadunan Awal Di Asia Tenggara yang menghimpunkan para sarjana dari seluruh dunia di Kuala Lumpur.

Kehadiran seramai 24 orang sarjana luar dari China, India, Amerika Syarikat, Thailand, United Kingdom, Laos, Vietnam, Filipina, Indonesia, Myanmar dan Kemboja membuktikan bahawa penemuan tapak ini telah sampai ke pengetahuan khalayak yang meluas serta mempunyai kesan terhadap penyelidikan tentang tamadun awal di Asia Tenggara.

Pembentangan 28 kertas kerja, termasuk sarjana dari Malaysia merupakan pencapaian berkelas dunia hasil ekskavasi Fasa1 (Februari hingga Mei 2010) di Tapak Sungai Batu, Lembah Bujang oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia yang hasilnya adalah pandangan baru tentang Lembah Bujang.

Saya sedar bahawa Lembah Bujang bukan sesuatu yang baru bagi mereka yang membuat penyelidikan tentang sejarah awal kerana penyelidikan mengenainya telah dilakukan sejak kurun ke-19 lagi.

Bagaimanapun, penemuan Sungai Batu merupakan suatu pencapaian baru dan penting, yang menuntut agar kajian semula dibuat terhadap sejarah awal kita.

Lebih dua tahun lepas, saya telah meminta Pesuruhjaya Warisan Negara mempromosikan Lembah Bujang. Maklumat arkeologi yang ada sekarang masih tidak mencukupi bagi merungkai rahsia sebenar yang wujud di Lembah Bujang dan oleh itu, kita perlu melakukan penyelidikan dan mencari tapak baru bagi mendapatkan lebih banyak maklumat tentang sejarah Lembah Bujang.

Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Warisan Negara telah melakukan penyelidikan yang merintis jalan kepada penemuan 97 timbunan tanah dan kerja mencari gali (ekskavasi) yang dilakukan terhadap 10 daripadanya telah menemui hasil penting.

Sekumpulan ahli sains daripada pelbagai disiplin termasuk yang memiliki kepakaran dalam bidang arkeologi, geologi, geografi telah berusaha tanpa mengenal penat dan jemu selama lebih setahun dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka atas dedikasi, komitmen dan semangat yang begitu mendalam, yang hasilnya, telah menjadikan kita lebih memahami tentang peradaban awal yang wujud di Malaysia dan Asia Tenggara.

Penemuan pelbagai struktur, bukan sahaja tapak kuil, tetapi juga relau besi, dewan dan jeti di sepanjang sungai purba, memberi dimensi baru kepada pemahaman kita tentang Lembah Bujang.

Paling penting, kini kita tahu bahawa seawal kurun pertama Sebelum Masihi lagi, kawasan ini telah didiami komuniti manusia yang terlibat dengan kegiatan melebur besi dan perniagaan logam itu belum pernah dikesan di sini sebelum ini.

Para sarjana yang hadir di Kuala Lumpur ini turut membicarakan tentang kedudukan Lembah Bujang sebagai suatu kawasan penempatan orang India di luar negara asal mereka yang mempunyai pengaruh kuat agama Hindu/Buddha dari kurun ke-6 hingga ke-12 Sebelum Masihi.

Menyedari sumbangan besarnya terhadap sejarah negara dan wilayah serantau, saya telah meminta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang saya terajui supaya menyediakan dana yang diperlukan bagi membiayai kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan di kawasan ini.

Terkini, kira-kira tiga minggu lepas bahawa satu tapak baru telah dikesan di Jeniang di mana kerja mencari gali yang dijalankan di situ telah menemui lebih banyak relau yang menunjukkan bahawa industri berkaitan besi merupakan suatu kegiatan penting dalam bidang ekonomi - kegiatan melebur besi dan perniagaan jongkong besi yang jelas menunjukkan bahawa logam itu mempunyai pasaran besar bagi kegiatan penghasilan peralatan dan kelengkapan ketenteraan.

Diharap usaha penyelidikan yang dibuat di Jeniang, Kedah itu akan menjana hasil ekonomi bagi negara ini. Menyedari bahawa penyelidikan memerlukan wang - kementerian menerusi, Jabatan Warisan Negara telah membelanjakan RM3 juta bagi membiayai penyelidikan ini dan jumlah wang yang dibelanjakan ini berbaloi kerana ia menemui bukti penting tentang sejarah silam yang tidak ternilai harganya.

Pengetahuan yang diperolehi melalui wang yang dibelanjakan itu akan memberi pulangan daripada segi ekonomi melalui pelancongan dan industri berkaitan dengannya kelak. Penyelidikan mengenai warisan merupakan pelaburan penting dalam bidang pelancongan - pelancongan adalah produk akhir yang terhasil daripada usaha penerokaan ilmu pengetahuan.

Pada era globalisasi ini, setiap negara perlu membuat penyelidikan dan memulihara budayanya bagi membentuk jati diri masing-masing, selain memberi tumpuan terhadap usaha membangunkan ekonomi. Dengan adanya tempat seperti Lembah Bujang dan Lembah Lenggong, masyarakat dari seluruh dunia pasti berminat untuk datang ke negara ini bagi melawat tapak budaya kita yang begitu tinggi nilainya dan sekali gus memajukan lagi industri pelancongan kita.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.