saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 13/07/2010

Kawan Serdang anjur karnival usahawan

KUALA LUMPUR 12 Julai - Peniaga dan usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan berpeluang berbuat demikian menerusi Karnival Usahawan Serdang yang akan berlangsung hujung bulan ini.

Karnival anjuran Koperasi Usahawan Melayu Serdang Berhad (Kawan Serdang) itu akan berlangsung selama empat hari bermula 29 Julai di perkarangan Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi.

Pengerusi Kawan Serdang, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata, sebanyak 80 gerai jualan dan pameran disediakan dengan kadar sewa RM250 sehari.

Selain itu, pelbagai acara menarik telah diatur untuk disertai oleh pengunjung, termasuk pertandingan memancing.

"Pertandingan memancing ini akan berlangsung di Tasik Cempaka pada hari keempat karnival dan terbuka kepada semua," kata Mohd. Zaidi, yang juga seorang peguam syarie terkenal, di sini hari ini.

Aktiviti lain yang dijangka menarik pengunjung ialah demonstrasi masakan tradisional, pertandingan memasak, konsert nasyid, pertandingan mewarna kanak-kanak.

Selain itu, penganjur turut menyediakan bengkel kecantikan, malam sayembara puisi Gaza dan percubaan mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records menerusi acara memasak pelbagai jenis juadah berasaskan ikan keli dalam masa 45 minit.

"Pengunjung juga boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma di tapak karnival yang disediakan oleh Hospital Az-Zahrah setiap hari.

"Kami juga telah mendapat kerjasama sebuah syarikat yang akan menyediakan helikopter untuk memberikan pengunjung pengalaman melihat Bandar Baru Bangi dari udara dengan bayaran RM100 untuk dewasa dan RM80 untuk kanak-kanak," kata Mohd. Zaidi.

Tambah beliau, agensi kerajaan dan swasta berkaitan pertanian pula akan mengisi gerai pameran.

Ujarnya lagi, matlamat karnival berkenaan diadakan ialah untuk membuka peluang kepada usahawan mempromosikan perkhidmatan atau produk mereka kepada masyarakat secara langsung selain merapatkan hubungan antara usahawan dengan agensi-agensi berkaitan.

"Kami juga berharap dapat memperkenalkan Kawan Serdang kepada masyarakat sebagai wadah baru untuk membina kekuatan ekonomi orang Melayu, khususnya di kawasan Serdang.

"Koperasi ini yang ditubuhkan pada tahun lalu bukan sahaja mengutamakan keuntungan tetapi turut berkonsepkan kebajikan iaitu memberi semula kepada masyarakat.

"Sebab itu pada awal gerakan menubuhkan koperasi ini dimulakan dengan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat di sekitar Serdang, Balakong dan Bangi terlebih dahulu," jelasnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai karnival berkenaan boleh menghubungi Azmi di talian 019-218 1514 atau Azman di 013-299 6789.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.